Khamis, Disember 17, 2009

Kembali kemaskini

Salam & selamat sejahtera.

Lama rasanya tak update blog ni, dan saya tetap bangga masih ramai yang datang melawat walaupun tiada info-info terkini. Kebelakangan ni amat sibuk, main dart pon 2-3 kali je seminggu, itupun kat pejabat dengan rakan-rakan MDJ Darters, kat rumah dah lama board tu "puasa". Cuma kadang-kadang ada lar anak buah yang umur 6-7 tahun dok baling-baling. Main tournament jauh sekali. Maklumlah, dah hujung tahun ni, Jabatan Kerajaan sibuk nak tutup akaun, jadi semua urusan pembayaran bagi projek (sebab saya Juruteknik Awam) mesti diselesaikan dengan kadar segera.

Dan baru-baru ini, kami di MDJ Darters amat teruja dan gembira dengan kedatangan mengejut salah seorang darter N.Sembilan yang kami hormati iaitu En. Norazman bin Isa (Team ZZ & JMG/NSM) ke Mini Club MDJ Darters pada 10 Disember 2009 yang lalu. Beliau merupakan Johan Single & 3 Some (Team ZZ) Kejohanan Dart Jemputan Jelebu Bil.1/2009 awal tahun yang lalu, pemain Dart MAKSAK N.Sembilan bagi 2 tahun berturut-turut (2008-2009). Sempat juga kami "test drive" dengan beliau, sambil berkongsi info, teknik dan tips mengenai sukan dart. Kebiasaannya, kami di sini amat menghormati tetamu, maka kami pun pura-pura kalah demi menjaga hati (hehehe, padahal memang tak boleh beat pon, gurau je). Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak di atas sokongan dan tunjuk ajar dari beliau. Harap-harap lepas ni, kalau ada darters yang nak datang, tolong beritahu dulu ya? Senang kami nak prepare apa-apa yang patut. :-)

(Gambar dah terdelete, pc format...adehhh)

Isnin, November 23, 2009

Foto rawak

Ahad, November 22, 2009

Selamat Bertunang, MJ

Salam.

Agak lama tak update blog ni, al-maklumlah agak sibuk kebelakangan ni. Kali tak ada apa nak direview, sekadar mahu mengucapkan Selamat Bertunang buat darters MJ (Mohd Johan Ariffin) yang telah bertunang dengan pilihan hati beliau, Ruziah Md Ali pada 21 November 2009. Semoga berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat (cewaahhh, mcm nikah plak). Insya-Allah. Dan diharap juga, Cik Zie (panggilan buat tunang beliau), tidak akan menyekat & menghalang minat MJ dalam sukan Dart ini. Beliau merupakan antara prospek besar dalam menggantikan senior-senior Dart di MDJ khususnya dan di N.Sembilan amnya. Berikut sedikit gambar-gambar MJ dan pasangan beliau sebagai tanda penghargaan di hari bertuah. Chaiyokkkk~!





Isnin, November 02, 2009

Kejohanan Dart (Singles) Tertutup MDJ 2009

Acara : Kejohanan Dart Singles Tertutup MDJ 2009
Tempat : Lobi Dewan Besar Kuala Klawang, Jelebu
Tarikh : 31 Oktober 2009

Akhirnya selesai jua game tersebut. Setelah sekian lama merancang, kini ianya menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Walaupun penyertaan tidak menepati sasaran awal, iaitu hanya 10 orang daripada 24 orang MDJ Darters yang mengambil bahagian, ianya tetap berlangsung dengan jayanya dan penuh dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Waktu mula pada awalnya dijangka pada jam 9 pagi akhirnya ditunda sehingga ke jam 11 pagi bagi memberi peluang untuk pemain hadir ke venue game. Setelah melihat kepada jumlah penyertaan yang tidak menepati sasaran, maka saya memutuskan untuk membuat perlawanan secara liga tanpa ada pusingan kalah-mati. Ini bagi memberi peluang sama rata kepada semua peserta ada hari itu untuk bermain sebanyak 9 game setiap orang.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi game tersebut:

  1. Muhammad Ariff (MA)
  2. Rozaini (RB)
  3. Mohd Hizamy (MH)
  4. Shahrul Azwar (SA)
  5. Mohd Fauzi (MF)
  6. Mohd Johan Arifin (MJ)
  7. Shamsul Bahri (SB)
  8. Nurhanim (NH)
  9. Rosnan (46)
Dan 6 peserta teratas akan layak mewakili pasukan lelaki MDJ di Sukan Antara Jabatan-Jabatan Kerajaan N.Sembilan yang bakal dilangsungkan pada 13-15 November ini. Manakala NZ, NH berserta 4 lagi Darters wanita akan dipilih kelak bagi menggenapkan kuota 12 pemain bagi pasukan Dart.



Result akhir


Chalker pemalas!


Anem vs Ariff


Chalker pemalas!


Barangan yang bersepah-sepah


Serba hitam


Fauzi vs Sham

Rabu, Oktober 28, 2009

MDJ Maestro


Dari kiri: MJ, MH, M1, AK & STB

Selasa, Oktober 27, 2009

Isnin, Oktober 26, 2009

Yang di-Pertuan Besar N.Sembilan ke-11. Daulat Tuanku!

Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (lahir 14 Januari 1948) adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik beradik kepada pasangan Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Pendidikan

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Kemudian di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah Menengah King George V di Seremban dan meneruskan pelajaran baginda di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperolehi Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain.

Kerjaya

Baginda menjadi ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad.

Keluarga

Tuanku Muhriz kemudiannya mengahwini Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan memperoleh tiga orang putera, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Tunku Besar Seri Menanti

Dilantik sebagai Tunku Besar pada 1960, Tunku Muhriz dipilih oleh Majlis Undang berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Perlembagaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu. Tunku Muhriz merupakan waris pertama selepas kemangkatan Tuanku Munawir, lalu diikuti oleh Tunku Ja'afar dan Tunku Abdullah. Walau bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika itu tetapi ayahanda saudaranya, Tuanku Jaafar yang ketika itu seorang diplomat, telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar yang ke-10. Pemilihan ini secara tidak langsung dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, yang meminta supaya Tuanku Muhriz tidak dipilih kerana masih terlalu muda iaitu ketika itu berusia lapan belas tahun.

Yang di-Pertuan Besar

Tuanku Muhriz akhirnya dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak mengikut Adat Perpatih yang dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera, Indonesia.

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar. Tunku Naquiyuddin pernah menjadi pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Tunku Imran dan Tunku Nadzaruddin turut dipertimbangkan sebagai calon Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Turut hadir ialah kesemua putera Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja’afar; dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar ,Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani. Lain-lain ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri; kerabat diraja Negeri Sembilan; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin negeri.

Istiadat pemasyhuran


Kesemua Undang Yang Empat bersidang di Dewan Keadilan dan memutuskan pemasyhuran Tuanku Muhriz sebagai pengganti Almarhum Tuanku Ja’afar .Kemudian tembakan meriam 32 das dan 21 das lagi menandakan pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz dan Mubarak menyampaikan persembahan Mas Manah. Seterusnya Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad membacakan doa kesyukuran. [1]

Baginda hadir dalam Istiadat Pemakaman Diraja iaitu membawa jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar dari Pelambar di Istana Besar Seri Menanti ke Maharaja Diraja Seri Menanti bersebelahan Masjid Tuanku Munawir diiringi 86 das tembakan meriam.

Isnin, Oktober 19, 2009

Kejohanan Dart 2nd Raya Challenge (Singles) Jemputan Bumiputera Sepang 2009.

Event : Kejohanan Dart 2nd Raya Challenge (Singles) Jemputan Bumiputera Sepang 2009.
Tempat : Rumah Kelab Dart Bumiputra Sepang
Masa : 10.30 pagi
Tarikh : 18 Oktober 2009

Salam sejahtera. Kali ini nak review sikit pasal satu kejohanan anjuran Persatuan Dart Bumiputra Sepang (PDBS) yang dikhususkan untuk pemain dart amatur. PDBS telah pun menjemput pemain dari pasukan-pasukan seperti MDJ Darters, PETANDA Rembau, Daddy Cool Darters (Penjara Seremban), D'Taza Darters, TIGA AA, MP Sepang, Gasing Darters dan termasuk dari PDBS sendiri serta lain-lain lagi. Sekadar menyebut beberapa nama (tak ingat semua). Kelihatan juga Imran (Pegasus Darters/Aim Darts) dan Zaidi (ZA1Darters).

Yuran penyertaan sebanyak RM30.00 seorang dikenakan dan kemudian undian dijalankan dan saya diletakkan di dalam Kump.A bersama-sama Amar (Gasing Darters), Zaidi (PETANDA Rembau), Hamizan (Sepang), Lizar (Sepang) dan Zairul. Dan saya telah menduduki tempat ke-3 dalam kumpulan dan melayakkan diri untuk ke pusingan ke-2 (4 peserta teratas layak). Manakala sahabat saya dari MDJ Darters iaitu Nor (satu-satunya wakil wanita) telah diletakkan di dalam Kump.E dan juga telah melayakkan diri ke pusingan ke-2 selaku tempat ke-4.

Pusingan ke-2 saya telah diundi menentang Nazri (Daddy Cool Darters), menang 2-1. Pusingan ke-3, bertemu dengan Azhar (Sepang), menang 2-1, berjaya balas dendam untuk Nor yang dikalahkannya pada pusingan ke-2. Hehehe. Peringkat suku akhir saya dipertemukan dengan Fauzi (Sepang) yang akhirnya saya tewas 3-0. Tak melawan! Tapi takpe, Abg Fauzi akhirnya muncul juara.

Sekalung tahniah buat PDBS kerana berjaya menganjurkan event ini dengan jayanya. Terdapat beberapa penambahbaikan dalaman seperti kesejukan penyaman udara, hiasan dan aksesoriyang unik (dart replika gergasi), pertandingan teka gula-gula dalam balang (hadiah basikal tuh!) dll. Diharap PDBS dapat meneruskan kecemerlangan ini hingga ke tahap tertinggi dalam memertabatkan sukan Dart tanahair.

Keputusan:

1 - Fauzi
2 - J'Sham
3/4 - Razif & Somet
5/8 - Naza, Arifin, Amar & Zamy


Hadiah dari PDBS


Pemandangan dari luar Rumah Kelab PDBS. Kelihatan Apak @ Ishak tersenyum riang


Upacara penyampaian hadiah oleh MS.


Dari kiri: Wan Roslan (D'Taza Darters), MS dan Abg Sham sekeluarga. Atas tu sparepart jenama Damak MS.


Kelihatan Abg Fauzi sedang leka berSMS selepas mengalahkanku


Kredit untuk Abg Farid serta yang lain-lain yang berkerja keras menjayakan event ini



15 darts! Antara game paling saya suka (peringkat kumpulan)

Rabu, Oktober 14, 2009

(Review) Unicorn Wez Newton

Unicorn Wez Newton Contender 90% Tungsten 24g *****

Rekabentuk menawan, lazat & elegan!


1st time baling, memang lazat!


Check point 101

* mempunyai lekuk-lekuk yang sesuai untuk dijadikan grip (hampir 90%)
* bentuk solid, rata dan panjang, sekitar 50.8mm tidak termasuk point
* sesuai untuk darters yang baling secara laju & tepat mahupun lambung
* berpotensi besar untuk duduk/susun 3 dart didalam ruangan T20 dalam keadaan selari mahupun menegak
* secara amnya, sesuai menggunakan shaft yang pendek dan sederhana (short & medium shafts)
* disyorkan oleh Mr.Ravi Sandiran (ketua pasukan Dream Team Malaysia)

Gambar rawak


Latihan harian antara MH, NH & SA

Rabu, September 30, 2009

WDF World Cup 2009 (Result)

Kejohanan telahpun berakhir & pasukan Malaysia berjaya menempatkan diri di tangga ke-9 berpasukan lelaki keseluruhan, daripada 32 pasukan! Satu pencapaian yang amat membanggakan! Tahniah!!!

Berikut merupakan keputusan bagi pasukan Malaysia.

MEN'S SINGLES

Last 128
  1. T.Anandan vs Søren Behrendsen (Denmark) : 1-4
  2. S.Subramaniam vs Steve McDonnell (Ireland) : 4-2
  3. Tengku Hadzali Shah vs Wayne Warren (Wales) : 2-4
  4. Clairines Joseph vs Tony Fulford (TC) : 4-0
Last 64
  1. S.Subramaniam vs Joey ten Berge (New Zealand) : 3-4
  2. Clairines Joseph vs Tony O' Shea (England) : 0-4

MEN'S PAIR


Last 64 (1st round)
  1. Subra/Anandan vs Smith-Hayes/Freeman (Wales) : 0-4
  2. Tengku/Clairines vs Sergi/Framboas (Itali) : 4-2
Last 32 (2nd round)
  1. Tengku/Clairines vs Cruz/Fuentes (Philipines) : 4-2
Last 16 (3rd round)
  1. Tengku/Clairines vs Dyal/Jacob (TT) : 4-2
Last 8 (Quater-final)
  1. Tengku/Clairines vs Caris/Larsson : 4-3
Last 4 (Semi-final)
  1. Tengku/Clairines vs Fleet/Kime : 2-5


Selasa, September 29, 2009

Foto unik & pelik


Dua batang kat T20, then yg satu lagi tuh segak "menibai"!!

Isnin, September 21, 2009

SMS Pilihan Aidilfitri 1430H

Berikut merupakan SMS raya yang saya dapat dari rakan Darters yg begitu unik dan bertepatan dengan tema blog ni.

"Ya Allah, di akhir Ramadhan yg barakah ini, muliakan & sayangi saudaraku yg sedang baca SMS ini. Kurniakanlah ketajaman mata dart, teguhkanlah ankle arm, sejukkanlah hati semasa game, kuatkkan balingan. Berilah kenikmatan point 180, jauhkannya dari Madhouse. Suburkan benih ketepatan pada zuriat keturunannya & masukkan dia dlm game penuh kemenangan. Amin Ya Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin."

Tapi saya dapat pada hari raya ke-2. Kalau sebelum raya, memang kena forward SMS ni! :-)

Ahad, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah


MDJ Darters mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430 Hijrah buat para Darters yang beragama Islam. Mohon ampun & maaf jika sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang kewujudan kami di persada dart tanahair. Kejohanan Dart Jemputan Jelebu juga sudah memasuki edisi ke-2, barangkali tahap penganjuran kami masih belum mencapai tahap yang sepatutnya & tidak memuaskan hati para Darters semua. Harap kekurangan kami pada hari ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan kami pada kemudian hari. Insya-Allah. Kesabaran & dugaan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak akhirnya terbalas jua dengan kedatangan Syawal yang penuh mulia ini. Marilah kita sama-sama menikmati keindahan bulan Syawal ini dengan penuh hemah. Jangan kita terlalu mengikut nafsu (makan khususnya), hingga akhirnya memudaratkan tubuh badan kita sendiri kelak. Buat para Darters yang berhenti seketika aktiviti dart mereka sepanjang Ramadhan, peluang ini bolehlah digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan kembali stroke dan positioning anda yang barangkali "terpeleot" sedikit akibat "puasa dart". Banyak kejohanan-kejohanan dart yang bakal menanti anda dari tarikh ini hingga ke penghujung tahun 2009. Kami doakan anda dapat melakukan yang terbaik dan Selamat Maju Jaya.

Jumaat, September 18, 2009

Cawangan baru MDJ Darters (part IV)


UPDATE~! Sepertimana yg telah dijanjikan.


Sudut dart di dalam Mini Club MDJ Darters. Sijil friendly dari JMG NSM, darts holder jenama TIGA, kad raya dari Amin's Alley Dart Studio & senaskah kalendar kuda tahun 2009.


Alamak, ni gambar apa yg Abg Amin bagi nih? Tapi sebab dah janji, kenalah tampal gak, nanti Abg Amin kecik hati, hehehe. Wallpaper TIGA, bukan kalendar baju dalam ok? Errrr, awek Jepun ni boleh tahan gak kan? :-)

Khamis, September 17, 2009

Jalan-Jalan Cari Dart (Amin's Alley Dart Studio)

Saya akhirnya berkesempatan untuk ke Amin's Alley Dart Studio setelah beberapa kali diajak secara peribadi oleh Amin Abdul Ghani. Itupun secara kebetulan selepas perjumpaan dengan Imran (Aim Darts) yang akhirnya membawa saya & 2 lagi rakan ke tempat tersebut. Kami disambut dengan ramah oleh Abg Amin & isteri beliau. Sambil lepak-lepak dengan segelas kopi 'o', kami berbual & berbicara tentang konsep premis, arah tujuan, perancangan & hala tuju Amin's Alley Dart Studio dalam industri & senario dart Malaysia. Juga perbualan berkisar mengenai pengalaman beliau dalam sukan dart, dalam & luar negara. Amat menarik sehingga tak sedar dah hampir jam 11.30 malam. Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli kelab dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 sahaja. Saya berkesempatan untuk merakamkan beberapa kepingan gambar (dengan izin) seperti yang tertera di bawah. Abg Amin secara peribadi menyatakan sokongan padu terhadap MDJ Darters dan mdj-darters.blogspot.com khususnya dalam menyediakan wadah & input berguna buat semua Darters di luar sana. Untuk pengetahuan, Amin's Alley Dart Studio merupakan pengedar eksklusif tunggal jenama dart TIGA di Malaysia. Hanya buka pada malam hari. Main dart sambil minum minuman panas mahupun sejuk. Kalau ada kelapangan & kesempatan, singgahlah sebentar di "Amin's Alley Dart Studio, gedung TIGA anda"


Zamy (MH) bersama En. Amin Abdul Ghani di hadapan premis beliau


Antara koleksi gambar beliau semasa bermain di kejohanan-kejohanan seluruh dunia


Arachnid board untuk soft tip juga ada, menggunakan token, RM1.00


Para pengunjung & ahli-ahli kelab sedang menguji kemahiran masing-masing


Seleksi barangan dart dari jenama TIGA yang dijual secara eksklusif di premis tersebut


Dart-dart yang boleh digunakan oleh pengunjung sekiranya tak bawa/tiada dart sendiri


Amin's Alley Dart Studio, lokasi pilihan darters setempat


Dari seorang magician kepada darter, kemudian Ustaz Amin?



Pemandangan studio dari meja kopi


Antara barangan kenangan dari Amin's Alley Dart Studio untuk mdj-darters.blogspot.com (tak termasuk dart)


Berikut merupakan alamat premis tersebut:

Amin's Alley Dart Studio
76A-GB Jln Cahaya 2/5,
Pandan Cahaya, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Sabtu, September 12, 2009

Cawangan baru MDJ Darters (part III)


Akhirnya, berjaya juga menambah papan putih! Berkat usahasama Darters2 yang bernaung di bawah panji MDJ Darters, akhirnya Mini Club of MDJ Darters ini menjadi kenyataan. Tapi bagi acara friendly match, masih dilangsungkan di lokasi lama, iaitu lobi Dewan Besar Kuala Klawang, kat sini tak muat! Jadi, latihan untuk MDJ Darts Premier League (Singles) lepas raya ni akan berterusan dan kompetetif. Tapi masih ada yang perlu diselesaikan. Pemasangan lampu dan janji pada Abg Amin untuk meletakkan poster dari Tiga Darts masih belum sempurna. Sorry yer Abg Amin!

Khamis, September 10, 2009

WDF World Cup 2009



Acara : WDF World Cup 2009
Lokasi : Charlotte, NC, Amerika Syarikat
Tarikh : 24 hingga 26 September 2009

Undian penuh untuk WDF World Cup 2009 telahpun dijalankan dan boleh didapati di laman web rasmi WDF.

Antara acara yang dipertandingkan ialah :
  1. Berpasukan lelaki (1-4)
  2. Berpasukan lelaki (5-8)
  3. Double lelaki
  4. Double wanita (1-4)
  5. Double wanita (5-8)
  6. Single lelaki
  7. Single wanita
  8. Double remaja lelaki
  9. Double remaja wanita
  10. Mix double remaja
Malaysia telah menghantar kontingen seramai 4 orang yang diketuai oleh Tengku Hadzali Shah, S.Subramaniam, T.Anandan & Clairines Joseph. Berikut merupakan kedudukan kumpulan bagi pasukan Malaysia.



Dikhabarkan juga bahawa skuad Malaysia akan berlepas ke US pada Jumaat 18 September 2009. Kami di sini juga mengucapkan "Selamat Maju Jaya", semoga kalian akan beroleh kejayaan di sana kelak, saat kami di tanah air sedang berpesta menyambut Aidilfitri.
Kalau anda perasan, skuad kali ini bersifat majmuk & 1Malaysia kan?