Sabtu, Januari 23, 2010

Isnin, Januari 18, 2010

Foto spontan


Dart 3 Penjuru (Friendly)

Event : Dart 3 Penjuru (Friendly) MP Sepang, MDJ Darters & Gasing Darters
Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Rumah Kelab Dart Bumiputra Sepang


Alhamdulillah, segalanya telah berlangsung dengan jayanya. Hasil usaha pihak Majlis Perbandaran Sepang melalui En.MS (Masrul Azam) yang telah berjaya menyatukan 3 pasukan iaitu MPS, MDJ & KWSP (Gasing Darters) untuk Friendly Match, pembuka tirai 2010.

Kami di MDJ telah menghantar kontingen seramai 11 orang yang mana rata-rata merupakan darters pelapis yang tidak pernah bermain di luar dari N.Sembilan, iaitu:
  1. MH (Mohd Hizamy bin Abd Hamid)
  2. MJ (Mohd Johan Arifin bin Abd Jalil)
  3. STB (Shahrul Azwar bin Abd Kadir)
  4. MB (Mustafa Bakri bin Alias Sani)
  5. DIN (Kamarudin bin Sulaiman)
  6. ABON (Mohd Farouk bin Mat Aris)
  7. DOL (Rahmatullah bin Y Abdul Hamid)
  8. 46 (Rosnan bin Mat Noh)
  9. M1 (Rozaini bin Barhan)
  10. SANI (Yussaini bin Mohd Nor)
  11. NH (Nurhanim binti Abd Halim)
Sebanyak 8 kategori bagi setiap perlawanan iaitu: 4 some (3 lelaki 1 wanita), 4 singles lelaki, 2 double lelaki, 1 double wanita. Dan keputusan bagi kedua-dua perlawanan tidak memihak kepada kami. Hehehehe. Takpa kalah, janji player enjoy.

Opsss, lupa plak. Oh ya, kami tertinggal Sijil Penghargaan Perlawanan Persahabatan untuk MPS & Gasing Darters. Rasa macam tak sedap hati, sebab diaorang siap bagi 'gift' lagi. Takpa, nanti kami poskan atau bagi 'by-hand' masa Double 30hb ni ya? :-)


Good attitude~



Sesi latihan MDJ Darters, pemanans badan~


Sesi pemanas badan MP Sepang~


Ketika perlawanan MDJ vs MP Sepang~


Perlawanan MDJ & Gasing Darters~


Keputusan perlawanan-perlawanan melibatkan MDJ



Sesi minum sebelum keberangkatan pulang~


Cenderamata dari MP Sepang & Gasing Darters!~ TQVM