Rabu, Mac 31, 2010

Pelan lokasi Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad



Pelan lokasi buat semua pemain.
Kata kunci ialah: Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad.
Klik pada gambar untuk resolusi yang lagi besar.
Insya-Allah jumpa.

Selasa, Mac 30, 2010

Kejohanan Dart 3 Some Jemputan Radio Malaysia NEGERIfm

UPDATE~! jam 2.30pm 1/4/2010

Senarai pasukan yang telah daftar:-
  1. Dynadarts SOHC
  2. Dynadarts DOHC
  3. MDJ Darters 1
  4. MDJ Darters 3
  5. MDJ Darters 5
  6. D'Taza Darters A
  7. D'Taza Darters B
  8. LTAT A
  9. LTAT B
  10. Bumi Seremban
  11. JKM Seremban
  12. TIGA AA
  13. Gasing Darters Y
  14. Gasing Darters Z
  15. Team ZZ
  16. Perikanan A
  17. Perikanan B
  18. PLUS HQ
  19. Mentari Kompressor A
  20. Mentari Kompressor B
  21. Sepang Biru
  22. Sepang Merah
  23. Apak & Friends
  24. MP Seremban
  25. PETANDA Rembau
  26. Penjara Jelebu A
  27. Penjara Jelebu B
  28. KETTHA
  29. KIDS Darters A
  30. KIDS Darters B
  31. KIDS Darters C
  32. KIDS Darters D
  33. Double S
  34. MKM Shooter
  35. TUDMAS A
  36. TUDMAS B

Sabtu, Mac 27, 2010

Khamis, Mac 25, 2010

Ahad, Mac 21, 2010

Kejohanan Dart 3 Some Jemputan Radio Malaysia NEGERIfm Sempena Hari Terbuka Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad

Acara : Kejohanan Dart 3 Some Jemputan Radio Malaysia NEGERIfm Sempena Hari Terbuka Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad
Tarikh : 3 April
Lokasi : Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban
Yuran : RM150.00
Hubungi : Zamy 012-3562119

* senarai jemputan ialah senarai pasukan yang telah bermain di Jemputan Jelebu yang lalu (Bil.1/2009 dan 2/2009)

Borang penyertaan & syarat-syarat penyertaan:
Download di
sini

Jumaat, Mac 12, 2010

Foto rawak


Trident 180


Kemain serabut lagi kat Dynadarts. Macam pro kan? Hehehe

Khamis, Mac 11, 2010

Dynadarts

Dynadarts merupakan Kelab Dart persendirian yang ditubuhkan oleh saya, berpusat di Kampung Pantai, Seremban, N.Sembilan. Nama dipilih berdasarkan Dynatech Automechanic, bengkel kereta milik saya & sepupu2 yang terletak di belakang rumah keluarga saya. Kali ini, saya just nak share foto-foto sepanjang latihan.


B2 sedang cuba check dengan gaya ala-ala PDC player


Sempoi je kan?


BTH dengan style maut beliau, B2 pula tengah kira point tanpa kalkulator

Rabu, Mac 10, 2010

Lawatan Kerja Ke Radio Malaysia NEGERIfm

Salam.

Saya agak teruja kali ini, untuk menulis dalam blog. Nak share dengan semua, berita gembira. Saya baru sahaja ditawarkan bagi mengendalikan (penyelaras) satu kejohanan dart oleh pihak NEGERIfm, sempena Hari Terbuka Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad pada 1-4 April 2010 ini.

Sebenarnya, Abg Rauf dari NEGERIfm telah menghubungi saya pada minggu lepas mengenai perkara tersebut. Saya dipilih berdasarkan keupayaan saya dan para MDJ Darters yang lain menjayakan 2 kejohanan dart amatur yang dikira success (orang cakap, lar tapi saya rasa masih banyak kelemahan). Justeru, saya dijemput bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai persiapan, susun atur, penyelarasan dan jadual program.

Maka, pada jam 8.30pm tadi, saya tiba di NEGERIfm bersama-sama B2 (Deqwan), sepupu yang juga ahli Dynadarts. Saya dipertemukan dengan En. Mohd Zain bin Ahmad, selaku Yang DiPertua Kelab RTM bagi perbincangan lanjut. Segalanya berjalan lancar dan kami telah pun bersetuju dengan terma-terma yang telah ditetapkan. Dan saya amat berpuas hati dengan venue bagi acara dart, yang mana saya memerlukan ruangan yang boleh memuatkan 10 unit dart stand.

Semasa sedang memerhati kawasan sekeliling, terserempak dengan sekumpulan pemain dart yang diketuai oleh Abg Rauf sendiri. Owhhhh, NEGERIfm sedang mengadakan friendly match dengan pihak TM Malaysia Kuala Lumpur. Disapa mesra oleh kawan-kawan Darters semua, saya teruja. Apatah lagi, ada yang menyapa, "Zamy mdj-darters.blogspot.com kan?" Rasa macam artis plak, :-P . Apa lagi, terus joint sekaki! Hehehe.

Eh, lupa nak bagitahu. Jenis game yang bakal dibuat ialah: 3 Some Terbuka (Bumiputera). Yang itu nanti akan saya cerita details kat post lain yer?

Dan saya sempat bermain dalam single (atas permintaan) menentang Abg Rosli TM. Beliau dah psiko saya dengan bajunya, Amin's Alley Dart Studio! Adoi, kalah sebelum bertanding. Hehehehe. Tapi saya puas hati, kalah pun dengan anak didik Amin Abdul Ghani. Ikut hati, memang nak stay lama, tapi disebabkan ada hal maka saya terpaksa beransur pulang. Disini, saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakam.



Sesi bergambar sebelum game


Chalker paling psiko! Hehehehe..


Ada juga yang buka table jual spare-part? Isk2.. Hehehe



Perkarangan lobi NEGERIfm

Selasa, Mac 09, 2010

Selasa, Mac 02, 2010

Persatuan Dart Bumiputra N.Sembilan?

Salam.

Pagi tadi saya ada seminar di Wisma Negeri anjuran SUKNS. So masa minum pagi dlm pukul 11.00am, terjumpa lah rakan Darters dari PETANDA Rembau, iaitu Abg Shamsol. Sebab dah lama tak jumpa, maka borak-borak tu banyak berkisar kat isu senario Dart N.Sembilan.

Cerita punya cerita, tiba-tiba keluar isu Persatuan Dart. Rupa-rupanya diaorang tengah setup Persatuan Dart Rembau, semua paperwork dan akaun bank dah ada, tinggal nak daftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PSS) jer lagi. Wah! Perkembangan yang baik. Maka timbullah idea bagi mewujudkan kembali Persatuan Dart Bumiputra N.Sembilan, yang mana suatu masa dahulu amat aktif dan dikenali.

Saya di sini selaku wakil Darters dari daerah Jelebu, pernah juga menyuarakan hasrat dan cadangan akan penubuhan Persatuan Dart Jelebu dan Persatuan Dart Bumiputra N.Sembilan, pada tahun lalu. Paperwork ada, cuma belum dapat sokongan dan bantuan dari rakan-rakan Darters seluruh N.Sembilan khususnya. Saya amat berharap dapat kumpulkan rakan-rakan Darters dari MPS, JPS, PETANDA, Penjara, JKR, MDJ (sekadar menyebut beberapa nama) dll agar dapat duduk semeja dan berganding bahu bagi menjayakan target ini.

Saya harap, dengan adanya Persatuan Dart di setiap daerah kelak dan menjadi ahli gabungan bagi Persatuan Dart induk peringkat negeri, maka kalendar perlawanan-perlawanan Dart di seluruh N.Sembilan dapat dirancang dan diatur dengan lebih sistematik. Kebajikan ahli-ahli lebih terjaga dan yag lebih penting, UNITY. Saya kembali bersemangat, untuk sama-sama mengembangkan lagi sayap sukan Dart di peringkat yang lebih tinggi dari apa yang ia ada sekarang.

Foto rawak


Darter ke nelayan? Kekekeke. Salah seorang darter dalam pembikinan