Isnin, Ogos 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53


Salam Merdeka buat semua Darters-Darters seluruh Malaysia amnya. Marilah kita sama-sama sekali lagi merdeka kan minda, jiwa dan raga kita. Dan sekali lagi Merdeka di dalam bulan yang mulia, Ramadhan al-Mubarak. Pupuk semangat nasionalisme & kenegaraan yang kuat dalam diri, dalam apa jua aktiviti malah dalam kehidupan harian. Ayuh, harumkan nama Malaysia di persada dunia! Buktikan kepada semua bahawa anak Malaysia mampu untuk bersaing & sebaris dengan mereka di luar sana. Tidak mustahil suatu hari nanti akan ada wakil kita di pentas PDC, Winmau Masters dsb. Bayangkan betapa megahnya kita melihat anak Malaysia memahat nama selaku World Champion of Darts! Ini tidak mustahil saudara, tidak mustahil! Akhir kata, merdekakan diri sendiri dari nafsu jika kita mahu negara kita bebas sepenuhnya dari segala bentuk penjajahan. Salam.

Rabu, Ogos 11, 2010

Salam Ramadhan 1431H