Khamis, Disember 22, 2011

Isnin, Disember 12, 2011

Iklan Sirkit Dart Seremban 2012 (Beregu Vol.1)

Jalan-Jalan Cari Dart (Space U8)

Salam.

Sabtu (10/12/2011) saya berkesempatan untuk mengunjungi lokasi baru dart kawasan Shah Alam/Subang iaitu di Space U8 (1st eco-mall in Malaysia) berdekatan dengan TUDM Subang. Sebenarnya upacara pembukaan berlangsung malam sebelumnya iaitu Jumaat, namun saya tidak ada kesempatan untuk hadir. Kiranya saya lambat "pick-up" lah bak kata Mat Salleh :)

Ok, perkara yang membuatkan saya teruja untuk ke sana ialah, penampilannya. Ya, pada malam pembukaan, saudara Imran (AIM Darts/Swifters) telah muatnaik gambar-gambar. Wow, 1st impression terus buat saya jatuh cinta! Nampak eksklusif dan berprestij.

Bila saya tiba di sana, saya sangat kagum dengan ketelitian kerja dan kemasannya. Dilengkapi 4 unit Unicorn Pro Eclipse, 4 unit Unicorn Surround, 4 set lampu limpah (3 unit tiap satu set) dan 4 unit whiteboard, ianya persis pentas PDC! Terdetik rasa cemburu, untuk melakukan yang sama di Bumidarts Studio (kekangan ruang menjadi masalah utama).

Pentas tersebut saya rasakan amat layak diadakan perlawanan dart bertaraf profesional, samada peringkat negeri, antarabangsa maupun amatur. Dan jika ianya dapat di live telecast kan, saya pasti persepsi masyarakat terhadap sukan dart (sukan bar, pub dsb) akan berubah sama sekali. Sekalung tahniah kepada pengusaha dan pemilik premis (Space U8) yang mengambil inisiatif untuk memperkenalkan dart kepada masyarakat dengan lebih dekat lagi. Cuma saya rasa, keadaan angin di kawasan tersebut mesti dikawal bagi mengelakkan gangguan kepada balingan darters. (Difahamkan kipas besar berharga RM70k/satu tersebut akan ditutup jika ada kejohanan yang berlangsung)

Disebabkan bateri telefon yang dah 'kedarat' ditambah pula tak bawa kamera digital, maka gambar-gambar dari saudara Imran akan saya gunakan untuk tatapan semua (terima kasih bro!)



Berikut merupakan alamat premis tersebut:

Space U8,
No.6 Persiaran Pasak Bumi,
Taman Bukit Jelutong, Seksyen U8,
404150 Shah Alam.

Khamis, Disember 08, 2011

Kejohanan Dart Terbuka Bumiputera N.Sembilan (Beregu) 2011

Nama kejohanan : Kejohanan Dart Terbuka Bumiputera N.Sembilan (Beregu) 2011
Lokasi : Tingkat 2, Plaza Ampangan, Seremban
Tarikh : 3 Disember 2011

Salam.

Ok, asyik ulas kejohanan yang dianjurkan oleh orang lain, akhirnya tiba giliran untuk kejohanan anjuran sendiri, oleh Bumidarts (MS, Iwan & Zamy). Alhamdulillah, walaupun bertindih dengan Our Locos Double Event, namun sambutan dari rakan-rakan darters sangat memeranjatkan! Jangkaan awal hanya 48 pasangan, dengan jumlah maksimum ialah 64 namun apabila tiba malam undian, jumlah akhir yang mengesahkan penyertaan ialah 80 pasangan! Mujur kami siap sedia dengan 17 buah dart stand (11 milik Bumidarts, 3 sewa dari Daddy Cool Darters/Penjara Seremban dan 3 dari RTMNS). Dengan 10 board baru (6 unit Winmau Pro SFB dan 4 unit Blade4), kami cuba untuk memuaskan hati semua pemain yang hadir, dengan kekesalan kepada 7 board terpakai, yang sedikit mengganggu tumpuan pemain (permukaan sedikit keras/mati), maaf ya.

Terdapat 16 kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 5 pasangan. Dibantu keras oleh Mr.Somet From Malaysia, Bro Juanz dan Bro Black, perjalanan kejohanan nampak teratur. Cuma pada awal pagi, kelewatan sedikit untuk perlawanan pertama kerana menunggu pasangan yang masih belum hadir (dimaafkan, sesat barangkali). Taklimat pada awalnya dijangka pada jam 8.30 pagi beranjak ke jam 10.30 pagi, dan Game On pada jam 10.40 pagi! Namun ia kemudiannya berjalan lancar dan mengikut seperti yang dirancangkan. Mengejutkan, menjelang jam 12 tengahari hampir kesemua kumpulan telah tamat perlawanan peringkat kumpulan. Oh ya, di awal pagi juga kami dikejutkan dengan sumbangan baucer percutian dari Ancasa Hotels & Resorts melalui pihak UDA Mall Sdn. Bhd. (pengurusan Plaza Ampangan). Ribuan terima kasih diucapkan khususnya kepada En.Rosdi (Eksekutif UDA Mall Sdn. Bhd.) yang hadir dan memberi sokongan sejak dari awal lagi. 2 baucer diperuntukkan untuk Juara dan Naib Juara, selebihnya kami buat Cabutan Bertuah (teruja masing-masing untuk tunggu saat cabutan).

Ramai juga yang kalah peringkat kumpulan terus pulang, walhal telah diberitahu ada perlawanan untuk Peluang ke-2 (2nd Chance), mungkin ada hal lain atau tidak berminat barangkali. Kesemua perlawanan menggunakan format 501 x 3 (Best of 3) sehingga ke perlawanan Terbaik 4 (Separuh Akhir) yang menggunakan format 501 x 5 (Best of 5). Di sini kita dapat saksikan betapa pengalaman dan kekuatan mental memainkan peranan utama bilamana skill sudah semakin merosot.

Menjelang jam 9.00 malam, acara penyampaian hadiah dimulakan dan acara berakhir jam 9.30 malam. Dengan rata-rata penyertaan dari sekitar N.Sembilan dan Lembah Klang, kehadiran darters dari Melaka (Gong/ADAM), Pahang (79 Darters/Penjara Penor), Perak (Sayong Lembah) dan Jemputan Khas dari Johor (Goodfellas), memberi kami satu semangat, perasaan terharu dan keterujaan yang maksima. Terima kasih semua! Satu dimensi baru jika dilihat kepada pertambahan bilangan darters yang mendadak berbanding tahun-tahun sebelum, bakal memberi impak positif kepada senario dart tempatan. Diharap kesemua yang hadir di edisi ini tidak berasa serik untuk datang lagi di edisi-edisi kemudian. "We Darts You - Bumidarts"

Nota:
* Pakat ramai-ramai like page Facebook Bumidarts :)

Keputusan Penuh Kejohanan Dart Terbuka Bumiputera N.Sembilan (Beregu) 2011:

#1. NSX (Saiful/Man) - RM800.00 + Medal + Baucer Percutian
#2. BUMIDARTS (Iwan/Somet) - RM400.00 + Medal + Baucer Percutian
#3/4. RTM (Zul/Aen) & D'MAK (FT/Zulk) - RM200.00 + Medal
#5-8. GONG (Suhaimi/Kamal), 79 DARTERS (Khairul/Ahmad), UPNM (Aizil/Omar) & TEAM ZZ (Zaki/Miezuan) - RM100.00 + Medal
#9-16. D'GAUNG (Jailani/Shahbudin), JEROME (Suhaimi/Jamil), COCOI (Irma/Sofian), SAME BLOOD (Bek/Azlie), D'GAUNG (JSM/Mus), GOODFELLAS V (Jupri/Aziz) & DADDY COOL DARTERS (Hery/Nazri) - Baucer (FZ Darts) + Medal

2nd Chance:
#1. CPO DARTERS (Saidi/Norreno) - RM100.00 + Medal
#2. D'GAUNG (Zahid/Ahmad) - RM50.00 + Medal
#3/4. HASIL KL (Shahrul/Zali) & NEMESIS (Basyar/Tengku) + RM25.00 + Medal
#5-8. SPARK (Lukman/Rizal), GOODFELLAS (Sani/Lyana), LTAT (Azuddin/Asri) & SENSEI DARTERS (Fauzi/Syaban)

Cabutan Bertuah (Baucer Percutian 2D1N utk 2 org ke Ancasa Hotel & Resorts tajaan UDA Holdings):
#1. TSD (Helmi/Shaberi)
#2. NEMESIS (Basyar/Tengku)
#3. PETANDA REMBAU (Zaidi/Shamsol)


Made in Pantai, Sidal's Catering


Sesi taklimat




FZ & Co.







Bumidarts (Iwan/Somet)


Suhaimi (MBPJ)



Peroad (Summit)

Lukman (Spark)


Lukman (Spark) & Aizil (UPNM)


Bek (Same Blood), MS (Bumidarts) & Iwan (Bumidarts)

Iwan (Bumidarts)

BTH & Zamy (Bumidarts)


Portable darts stand oleh Hery (Daddy Cool Darters)

Man (NSX)

Designed by Somet From Malaysia


Shah (D'Gaung)

Zul (RTM)

GoodFellas (Duke of Darts!)


Suku akhir - Bumidarts vs Same Blood


#9-16 - Cocoi (Johari/Sofian)

Suku akhir - NSX vs PETANDA Rembau

NS Darters!


#9-16 - Jerome (Suhaimi/Jamil)


Zali (Hasil KL)

Shahrul (Hasil KL)


Zaki (Team ZZ) & Boss (D'Taza Darters)

Jo (Lekir Proton)

Imran (Swifters) a.k.a Bos AIM Darts

Handmade by TIF Darts (Latif Sapup)

Basyar (Nemesis)

Rizal (Spark)




#9-16 - Goodfellas V (Azeez/Jupri)

Jemputan Khas - Goodfellas (Lyana/Sani)


#9-16 - PETANDA Rembau (Shamsol/Zaidi)

Kontingen teramai, LTAT


#9-16 - D'Gaung (Mus/JSham)



#5-8 - Gong (Kamal/Suhaimi)

Cabutan bertuah - TSD (AADK)

Cabutan bertuah - Nemesis


#5-8 - 79 Darters (Khairul/Ahmad)


#9-16 - Same Blood (Bek/Azlie)


#5-8 - UPNM (Aizil/Omar)


#5-8 - Team ZZ (Zaki/Miezuan)

Imran (Swifters)

Separuh akhir - RTM vs NSX

Young & Dangerous!


#3/4 (2nd Chance) - Nemesis (Basyar/Tengku)

Finale (2nd Chance) - CPO Darters vs D'Gaung

Finale - Bumidarts vs NSX



Cabutan bertuah - PETANDA Rembau

#3/4 (2nd Chance) - Hasil KL (Shahrul/Zali)

#2 (2nd Chance) - D'Gaung (Zahid/Ahmad)

#1 (2nd Chance) - CPO Darters (Norreno/Saidi)

#9-16 D'Gaung (Jailani/Shah)


#9-16 - Daddy Cool Darters (Hery/Nazri)


#3/4 - D'Mak Darters (FT/Zulk)


#3/4 - RTM (Zul/Aen)


#2 - Bumidarts (Iwan/Somet)


#1 - NSX (Man/Saiful)

Carta pusingan kalah-mati Peluang ke-2 (2nd Chance)