Rabu, Mei 18, 2011

Iklan The Ballroom Darts Challenge 2011

Iklan 1st Brunei Open 4Some Darts Championship 2011

(Tunda) Kejohanan Dart Double N.Sembilan & Jemputan Kelab PETANDA Rembau

Salam.

Saya telah pun mendapat panggilan telefon pada hari Isnin 16 Mei 2011 dari penganjur iaitu En.Shamsol yang mengatakan bahawa game tersebut telah ditunda ke satu tarikh di bulan Jun (saya tak ingat dengan tepat). Tidak dinyatakan sebab-sebab yang jelas mengenai perkara tersebut. Juga menyatakan bahawa wang tunai untuk pemenang-pemenang telah dinaikkan ke RM1,200.00 (#1), RM600.00 (#2), RM300.00 (#3/4) dan RM150.00 (#5/8). Sehingga ke hari ini, masih tiada email susulan mengenai iklan terkini dari pihak penganjur. Diingatkan, saya bukan penganjur game tersebut. Saya hanya bertindak selaku rakan darters yang diamanatkan untuk menjemput rakan-rakan darters yang lain sahaja. Terima kasih.

MH,
Seremban.

Ahad, Mei 08, 2011

Dynadarts

Salam.

Setelah sekian lama Dynadarts Studio tidak beroperasi maka pada 23 April 2011 yang lalu saya (MH), Banteh (BTH), Bancik (BCK), Bear (B2), Muzz (MZ) dan Ameng (AMG) telah berkumpul di bengkel sambil bermain dart. Owh, The Sidal's itu adalah gelaran kepada ahli keluarga Keluarga Haji Sidal (arwah datuk kami). Berikut merupakan seleksi gambar-gambar malam tersebut.

Banteh (BTH)

Bancik (BCK

Muzz (MZ)

Bear (B2)

BTH dengan stroke berbisa beliau

Inilah pemandangan bengkel @ Dynadarts Studio

Warm-up sebelum bertarung
  
Kelihatan MZ fokus akan target beliau

Sabtu, Mei 07, 2011

MH kembali!!

Salam semua.

Saya memohon jutaan maaf diatas ketidakkemaskinian blog ini, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan sama sekali. Justeru itu, saya terpanggil untuk memulakan kembali sekaligus men-update-kan berita-berita terkini senario dart tempatan, insya-Allah

Terdahulu saya, Mohd Hizamy Abd Hamid (singkatan MH) selaku admin blog ini ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan MDJ Darters mengekalkan kejuaraan Dart di Sukan PBT N.Sembilan 2011 pada 1-2 April yang lalu. Walaupun rata-rata dibarisi muka-muka baru, namun kejayaan layak ke final dan sekaligus mengalahkan Majlis Daerah Tampin merupakan pencapaian yang membanggakan. (penulis tidak bermain mahupun mengurus)

Ayuh, mari kita meriahkan kembali dunia dart tanahair!