Isnin, Julai 25, 2011

Isnin, Julai 11, 2011

Iklan Kejohanan Dart Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia 2011

Nama Kejohanan : Kejohanan Dart Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia 2011
Anjuran : Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan kerjasama Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA)
Tarikh : 16 dan 17 Julai 2011
Tempat : Dewan Tun Razak, MP Temerloh, Pahang
Ahli : Enam (6) orang pemain termasuk seorang wanita


Sila muat turun borang & syarat-syarat pertandingan. Klik pada link tersebut, dalam bentuk PDF.
Atau layari laman web rasmi Majlis Perbandaran Temerloh.

Jumaat, Julai 01, 2011

Kejohanan Dart Double N.Sembilan & Jemputan Kelab PETANDA Rembau 2011

Nama kejohanan : Kejohanan Dart Double N.Sembilan & Jemputan Kelab PETANDA Rembau 2011
Lokasi : Dewan Merdeka, Rembau, N.Sembilan
Tarikh : 25 Jun 2011


Salam.

Sudah hampir seminggu berlalu baru saya berkesempatan untuk update blog ini. Kesibukan luarbiasa sedang dialami oleh saya di tempat kerja mahupun di rumah, jadi kesempatan untuk menulis blog sangat tipis.

Saya tidak mempunyai senarai penuh pasukan yang bertanding. Difahamkan, sekitar 26 pasangan (dibahagi kepada 4 kumpulan) sahaja daripada jangkaan asal penganjur iaitu 56 pasangan, yang bertanding bagi merebut hadiah yang agak lumayan, RM1,200.00 (entrance fee pon tinggi RM120.00). Berdasarkan analisis, kemungkinan tarikh kejohanan yang jatuh serentak dengan tarikh Malacca Open, serta yuran pendaftaran yang agak tinggi menyebabkan sambutan yang kurang meriah. Kesian penganjur (PETANDA Rembau).

Dari segi penganjuran, kredit juga harus diberi kepada PETANDA Rembau (yang diketuai oleh 2 bekas pemain MAKSAK N.Sembilan iaitu En. Shamsol & En.Zaidi) atas inisiatif menganjurkan kejohanan dart yang pertama kiranya di N.Sembilan pada tahun 2011 ini. Dan kesungguhan mereka dalam mengatur-selia kejohanan juga dipuji. Cuma jika dapat dipertingkatkan lagi dari segi penggunaan masa yang maksimum, lagi baik. Game yang bermula agak lewat pada hari itu pasti berlarutan hingga ke malam jika jangkaan 56 pasangan hadir bertanding. Saya akui, berdasarkan pengalaman dalam menganjurkan acara-acara sebegini, memang tak menang tangan. Tambah-tambah lagi jika kita turut serta bermain, fuhhhhhh!

Apapun, sekalung tahniah kepada champion Kiambang Darters. Juga kepada lain-lain pasukan seperti Compressor Darters (A, B, C & D), Pemuda UMNO Tg. Sena, Gasing Darters (X & Y), Sir Punk Darters, Sub-Zero, MDJ Darters (A & B), PETANDA Rembau, PPKE Rembau, Wan-Qarim, Dynadarts, Income-Tax, Pej.Kewangan Negeri, JMG Darters, JUPEM Darters (A & B). Alamak, yang lain saya tak ingat lar. 

Seronok juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sangat tidak ketemu, berbual-bula mesra dan berkongsi idea dan macam-macam lagi. Cuma, saya tidak dapat mengikuti game hingga ke akhir kerana ada hal lain yang perlu dibuat.

Ok, di bawah ini merupakan cebisan gambar-gambar yang sempat dirakam oleh isteri saya, Wanie Dean, yang separa jemu menunggu game selesai (siapa suruh ikut? hehehe). Kredit kepada beliau kerana dapat capture moment-moment sepanjang kejohanan. Banyak lagi gambar namun saya masih belum sempat untuk edit. Nantikan di entry yang berikutnya. Enjoy!

official banner

sesi pendaftaran (saya MH & Abg RJ Gasing Darters)

sesi undian

pemanas badan, cari & adjust stroke

Dynadarts

MS dari Sir Punk Darters

BTH dari Dynadarts

Dynadarts (MH & BTH)

chalker wibawa dari Gasing Darters (RS)