Rabu, September 30, 2009

WDF World Cup 2009 (Result)

Kejohanan telahpun berakhir & pasukan Malaysia berjaya menempatkan diri di tangga ke-9 berpasukan lelaki keseluruhan, daripada 32 pasukan! Satu pencapaian yang amat membanggakan! Tahniah!!!

Berikut merupakan keputusan bagi pasukan Malaysia.

MEN'S SINGLES

Last 128
  1. T.Anandan vs Søren Behrendsen (Denmark) : 1-4
  2. S.Subramaniam vs Steve McDonnell (Ireland) : 4-2
  3. Tengku Hadzali Shah vs Wayne Warren (Wales) : 2-4
  4. Clairines Joseph vs Tony Fulford (TC) : 4-0
Last 64
  1. S.Subramaniam vs Joey ten Berge (New Zealand) : 3-4
  2. Clairines Joseph vs Tony O' Shea (England) : 0-4

MEN'S PAIR


Last 64 (1st round)
  1. Subra/Anandan vs Smith-Hayes/Freeman (Wales) : 0-4
  2. Tengku/Clairines vs Sergi/Framboas (Itali) : 4-2
Last 32 (2nd round)
  1. Tengku/Clairines vs Cruz/Fuentes (Philipines) : 4-2
Last 16 (3rd round)
  1. Tengku/Clairines vs Dyal/Jacob (TT) : 4-2
Last 8 (Quater-final)
  1. Tengku/Clairines vs Caris/Larsson : 4-3
Last 4 (Semi-final)
  1. Tengku/Clairines vs Fleet/Kime : 2-5


Selasa, September 29, 2009

Foto unik & pelik


Dua batang kat T20, then yg satu lagi tuh segak "menibai"!!

Isnin, September 21, 2009

SMS Pilihan Aidilfitri 1430H

Berikut merupakan SMS raya yang saya dapat dari rakan Darters yg begitu unik dan bertepatan dengan tema blog ni.

"Ya Allah, di akhir Ramadhan yg barakah ini, muliakan & sayangi saudaraku yg sedang baca SMS ini. Kurniakanlah ketajaman mata dart, teguhkanlah ankle arm, sejukkanlah hati semasa game, kuatkkan balingan. Berilah kenikmatan point 180, jauhkannya dari Madhouse. Suburkan benih ketepatan pada zuriat keturunannya & masukkan dia dlm game penuh kemenangan. Amin Ya Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin."

Tapi saya dapat pada hari raya ke-2. Kalau sebelum raya, memang kena forward SMS ni! :-)

Ahad, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah


MDJ Darters mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430 Hijrah buat para Darters yang beragama Islam. Mohon ampun & maaf jika sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang kewujudan kami di persada dart tanahair. Kejohanan Dart Jemputan Jelebu juga sudah memasuki edisi ke-2, barangkali tahap penganjuran kami masih belum mencapai tahap yang sepatutnya & tidak memuaskan hati para Darters semua. Harap kekurangan kami pada hari ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan kami pada kemudian hari. Insya-Allah. Kesabaran & dugaan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak akhirnya terbalas jua dengan kedatangan Syawal yang penuh mulia ini. Marilah kita sama-sama menikmati keindahan bulan Syawal ini dengan penuh hemah. Jangan kita terlalu mengikut nafsu (makan khususnya), hingga akhirnya memudaratkan tubuh badan kita sendiri kelak. Buat para Darters yang berhenti seketika aktiviti dart mereka sepanjang Ramadhan, peluang ini bolehlah digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan kembali stroke dan positioning anda yang barangkali "terpeleot" sedikit akibat "puasa dart". Banyak kejohanan-kejohanan dart yang bakal menanti anda dari tarikh ini hingga ke penghujung tahun 2009. Kami doakan anda dapat melakukan yang terbaik dan Selamat Maju Jaya.

Jumaat, September 18, 2009

Cawangan baru MDJ Darters (part IV)


UPDATE~! Sepertimana yg telah dijanjikan.


Sudut dart di dalam Mini Club MDJ Darters. Sijil friendly dari JMG NSM, darts holder jenama TIGA, kad raya dari Amin's Alley Dart Studio & senaskah kalendar kuda tahun 2009.


Alamak, ni gambar apa yg Abg Amin bagi nih? Tapi sebab dah janji, kenalah tampal gak, nanti Abg Amin kecik hati, hehehe. Wallpaper TIGA, bukan kalendar baju dalam ok? Errrr, awek Jepun ni boleh tahan gak kan? :-)

Khamis, September 17, 2009

Jalan-Jalan Cari Dart (Amin's Alley Dart Studio)

Saya akhirnya berkesempatan untuk ke Amin's Alley Dart Studio setelah beberapa kali diajak secara peribadi oleh Amin Abdul Ghani. Itupun secara kebetulan selepas perjumpaan dengan Imran (Aim Darts) yang akhirnya membawa saya & 2 lagi rakan ke tempat tersebut. Kami disambut dengan ramah oleh Abg Amin & isteri beliau. Sambil lepak-lepak dengan segelas kopi 'o', kami berbual & berbicara tentang konsep premis, arah tujuan, perancangan & hala tuju Amin's Alley Dart Studio dalam industri & senario dart Malaysia. Juga perbualan berkisar mengenai pengalaman beliau dalam sukan dart, dalam & luar negara. Amat menarik sehingga tak sedar dah hampir jam 11.30 malam. Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli kelab dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 sahaja. Saya berkesempatan untuk merakamkan beberapa kepingan gambar (dengan izin) seperti yang tertera di bawah. Abg Amin secara peribadi menyatakan sokongan padu terhadap MDJ Darters dan mdj-darters.blogspot.com khususnya dalam menyediakan wadah & input berguna buat semua Darters di luar sana. Untuk pengetahuan, Amin's Alley Dart Studio merupakan pengedar eksklusif tunggal jenama dart TIGA di Malaysia. Hanya buka pada malam hari. Main dart sambil minum minuman panas mahupun sejuk. Kalau ada kelapangan & kesempatan, singgahlah sebentar di "Amin's Alley Dart Studio, gedung TIGA anda"


Zamy (MH) bersama En. Amin Abdul Ghani di hadapan premis beliau


Antara koleksi gambar beliau semasa bermain di kejohanan-kejohanan seluruh dunia


Arachnid board untuk soft tip juga ada, menggunakan token, RM1.00


Para pengunjung & ahli-ahli kelab sedang menguji kemahiran masing-masing


Seleksi barangan dart dari jenama TIGA yang dijual secara eksklusif di premis tersebut


Dart-dart yang boleh digunakan oleh pengunjung sekiranya tak bawa/tiada dart sendiri


Amin's Alley Dart Studio, lokasi pilihan darters setempat


Dari seorang magician kepada darter, kemudian Ustaz Amin?



Pemandangan studio dari meja kopi


Antara barangan kenangan dari Amin's Alley Dart Studio untuk mdj-darters.blogspot.com (tak termasuk dart)


Berikut merupakan alamat premis tersebut:

Amin's Alley Dart Studio
76A-GB Jln Cahaya 2/5,
Pandan Cahaya, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Sabtu, September 12, 2009

Cawangan baru MDJ Darters (part III)


Akhirnya, berjaya juga menambah papan putih! Berkat usahasama Darters2 yang bernaung di bawah panji MDJ Darters, akhirnya Mini Club of MDJ Darters ini menjadi kenyataan. Tapi bagi acara friendly match, masih dilangsungkan di lokasi lama, iaitu lobi Dewan Besar Kuala Klawang, kat sini tak muat! Jadi, latihan untuk MDJ Darts Premier League (Singles) lepas raya ni akan berterusan dan kompetetif. Tapi masih ada yang perlu diselesaikan. Pemasangan lampu dan janji pada Abg Amin untuk meletakkan poster dari Tiga Darts masih belum sempurna. Sorry yer Abg Amin!

Khamis, September 10, 2009

WDF World Cup 2009



Acara : WDF World Cup 2009
Lokasi : Charlotte, NC, Amerika Syarikat
Tarikh : 24 hingga 26 September 2009

Undian penuh untuk WDF World Cup 2009 telahpun dijalankan dan boleh didapati di laman web rasmi WDF.

Antara acara yang dipertandingkan ialah :
  1. Berpasukan lelaki (1-4)
  2. Berpasukan lelaki (5-8)
  3. Double lelaki
  4. Double wanita (1-4)
  5. Double wanita (5-8)
  6. Single lelaki
  7. Single wanita
  8. Double remaja lelaki
  9. Double remaja wanita
  10. Mix double remaja
Malaysia telah menghantar kontingen seramai 4 orang yang diketuai oleh Tengku Hadzali Shah, S.Subramaniam, T.Anandan & Clairines Joseph. Berikut merupakan kedudukan kumpulan bagi pasukan Malaysia.



Dikhabarkan juga bahawa skuad Malaysia akan berlepas ke US pada Jumaat 18 September 2009. Kami di sini juga mengucapkan "Selamat Maju Jaya", semoga kalian akan beroleh kejayaan di sana kelak, saat kami di tanah air sedang berpesta menyambut Aidilfitri.
Kalau anda perasan, skuad kali ini bersifat majmuk & 1Malaysia kan?


Rabu, September 09, 2009

Cawangan baru MDJ Darters (part II)


7 unit Winmau Pro SFB yang disimpan kemas di lokasi rahsia


Pintu utama ke Pantry Room a.k.a Mini Club MDJ Darters

Dah 70%, tinggal whiteboard & lampu je lagi. Jangan salah sangka, karpet tu memang pendek dari jarak balingan (oche) sebenar.

Selasa, September 08, 2009

Cawangan baru MDJ Darters

Dah hampir 5 bulan sebahagian Unit dan Bahagian di Majlis Daerah Jelebu mendiami lokasi baru. Namun pentas dart bagi MDJ Darters masih kekal di lobi Dewan Besar Kuala Klawang, 'dipinjamkan' secara sementara oleh MDJ. Macam Lesen Pendudukan Sementara (TOL) juga lar. Dan kami Darters dari Bhg Kejuruteraan & Pembangunan, Bhg Perancangan & Landskap, Unit Penguatkuasaan, Unit Pelancongan, Unit Teknologi Maklumat dan Bhg Penilaian & Pengurusan Harta, terpaksa berulang-alik ke lobi Dewan Besar Kuala Klawang demi memuaskan nafsu serakah kami terhadap dart. Letih sangat, sebab pejabat kami Pusat Komersil Kuala Klawang itu berada di Tingkat 2, dengan kecuraman tangga mencapai 45 darjah! Bulan puasa ni faham2 je lar.....

Dan saya Zamy (MH) mewakili rakan-rakan yang lain telah mengambil inisiatif tersendiri dengan membuka "cawangan baru" bagi MDJ Darters, iaitu di pantry room. Dan petang tadi, tepat jam 5.30 petang (selepas waktu bekerja), seramai 4 orang iaitu Zamy, John, Iezat dan Shahrul telahpun memulakan aksi (acara Around The World & Double) sekaligus merasmikan pembukaan "cawangan baru" tersebut. Walaupun belum 100% siap sempurna (yakni tanpa karpet, lampu & whiteboard), kami amat berpuashati dengan kondisi di bilik berkenaan. Yang pasti, selepas ini tengahari kami tidak lagi sunyi dan lemau! Hehehehe.

Berikut merupakan sedutan acara perasmian "cawangan baru" tersebut. Berdasarkan klip, boleh kah anda tentukan nama-nama mereka? Good luck!

video

Jalan-Jalan Cari Dart (Latiff Hartamas)


Inilah pemandangan dalam kedai Kynetic Solutions a.k.a Latiff Hartamas, panggilan mesra dari para Darters. Sememangnya terkenal di kalangan player dan supplier, yang mana ianya merupakan pembekal tegar bagi jenama Harrows di Malaysia. Kedai ini juga menjual pelbagai barangan sukan yang lain seperti Ragbi. Kelihatan di gambar, baju dart, pelbagai variasi flights & shafts, dartboard dan kabinet, kesemuanya dari jenama Harrows (dartboard surround tidak kelihatan). Terdapat 2 unit dartboard yang digunakan untuk menguji barrel yang hendak dibeli mahupun bermain bersama rakan. Kalau berkesempatan, singgahlah sebentar di "Latiff Hartamas, gedung Harrows anda".
Berikut merupakan alamat kedai tersebut:

Kynetic Solutions

10-1, Jalan 27/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.

Isnin, September 07, 2009

(YouTube) How It's Made - Darts


Sedutan video dari YouTube, mengenai perjalanan pembuatan sesuatu dart (barrel), aluminium shafts & flights. Rasanya ramai yang dah tengok video ni, tapi saya postkan untuk tatapan rakan-rakan Darters yang masih belum menonton. Sangat menarik dan berinformasi!

Ahad, September 06, 2009

(Review) Red Dragon Penetrator

Red Dragon Penetrator 95% Tungsten 22g ***


* mempunyai lekuk-lekuk yang sesuai untuk dijadikan grip (2 kawasan lekuk)
* bentuk solid, tidak rata dan panjang, sekitar 50.8mm tidak termasuk point
* sesuai untuk darters yang baling secara laju & tepat
* tidak sesuai untuk darters yang baling secara lambung
* berpotensi besar untuk duduk/susun 3 dart didalam ruangan T20 dalam keadaan selari mahupun menegak
* secara amnya, sesuai menggunakan shaft yang pendek dan sederhana (short & medium shafts)

Khamis, September 03, 2009

Setting Up Your Board



Susun atur untuk dartboard anda, mengikut dimensi (dimension) yang telah ditetapkan di dalam Undang-Undang (Bye-Law) World Darts Federation (WDF). Pastikan ianya betul, kalau tak, nanti bila main tournament dah tak sama plak stroke macam training. Benda ini nampak macam simple tapi main peranan besar taw.

Rabu, September 02, 2009

(YouTube) Johor Darts Challenge 2009


Malaysia Dream Team vs Philipines Bullshooters

Selasa, September 01, 2009

(Review) Unicorn Terry Jenkins signature & Harrows Atlantis

Banyak feedback dari rakan-rakan Darters (beginner), bertanya kepada saya mengenai dart-dart yang terdapat di pasaran Malaysia dewasa ini. Rata-rata mahukan saya ulas spesifikasi, abiliti dan rekabentuk sesuatu dart untuk rujukan mereka. Saya akui, saya bukanlah pemain dart yang sudah establish dan saya juga tidak mempu untuk mempengaruhi mereka dalam menentukan dart yang paling sesuai untuk digunakan. Lain padang, lain belalang. Tapi subjek ini dirasakan perlu dan saya terpanggil untuk memberi sedikit gambaran mengenai sesuatu dart. Ok, sebagai permulaan saya akan review Unicorn Terry Jenkins signature & Harrows Atlantis, yang mana kedua-duanya merupakan peluru milik saya sendiri dan telah dipandu-uji.

Unicorn Terry Jenkins 90% Tungsten 23g ***


* harga pasaran Malaysia sekitar RM240.00
* tiada langsung tempat untuk kita grip di bahagian batang (barrel)
* bentuk solid, licin dan panjang, kira-kira 50.8mm tidak termasuk point
* sesuai untuk darters yang baling secara laju & tepat
* tidak sesuai untuk darters yang baling secara lambung
* berpotensi besar untuk duduk/susun 3 dart didalam ruangan T20 dalam keadaan selari mahupun menegak
* secara amnya, sesuai menggunakan shaft yang pendek dan sederhana (short & medium shafts)
* didatangi dengan point asal yang panjang
* options lain untuk grip ialah dengan menukar point asal kepada jenis berbentuk

Berikut merupakan hasil pada hari pertama menggunakan Terry Jenkins signature dalam latihan. Masih belum menjejak 180 namun tidak berapa mengecewakan bagi beginner macam saya.


************************************************************************************
Harrows Atlantis 95% Tungsten 21g ****


* harga pasaran Malaysia sekitar RM280.00
* mempunyai lekuk-lekuk yang sesuai untuk dijadikan grip (6 kawasan lekuk)
* bentuk solid, kesat dan panjang, sekitar 50mm tidak termasuk point
* sesuai untuk darters yang baling secara laju & tepat
* tidak sesuai untuk darters yang baling secara lambung
* berpotensi besar untuk duduk/susun 3 dart didalam ruangan T20 dalam keadaan selari mahupun menegak
* secara amnya, sesuai menggunakan shaft yang pendek dan sederhana (short & medium shafts)

Berikut merupakan pencapaian & abiliti Harrows Atlantis dalam menyumbangkan skor tertinggi bagi 3 dart (180). Saya beli 2nd hand dari Zaisham Bumi Sepang awal tahun yang lalu. Quite impressive, pernah dapat highest point dalam game MAKSAK yang lepas. (*-*)


Pendapat anda? Mungkin saya akan cuba review beberapa lagi dart yang digunakan oleh pemain MDJ Darters, seperti Datadart Tony David signature (Ariff & John), Datadart Nightforce (Mus), Winmau Ton Machine (Sani & Talib), Winmau Dennis "The Menace" Priestley signature (Din), Red Dragon Penetrator (Shahrul) dan lain-lain.

Dan kebanyakan trend bagi beginner ialah memilih dart-dart (barrel) yang kembung sedikit. Mungkin mereka semua bermula dengan brass darts dan merasakan agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan barrel yang slim dan solid. Belum cuba belum tahu kan? Saya juga seperti itu dulu. Lama kelamaan, dirasakan kemampuan & abiliti untuk mendapat high score tipis dan beralih cinta pada barrel yang lebih ramping dan mengiurkan. Hehehe.

Semoga review dari saya ini akan dapat dijadikan panduan bagi mereka-mereka (darters) yang beginner dan yang baru berjinak-jinak dalam mengenali dan mendalami sukan dart ini dalam memilih senjata yang paling ampuh & sesuai. Tapi yang pasti, saya hanya akan review dart yang sudah digunakan oleh rakan-rakan sahaja, kalau semua tak termampu rasanya nk cuba satu-satu. Bagi yang dah establish, betulkan saya kiranya data-data yang saya kemukakan ini salah. Setiap orang ada cara masing-masing kan? Saya review berdasarkan pengetahuan & kemampuan saya. Selamat.

(zmy/mh)