Ahad, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah


MDJ Darters mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430 Hijrah buat para Darters yang beragama Islam. Mohon ampun & maaf jika sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang kewujudan kami di persada dart tanahair. Kejohanan Dart Jemputan Jelebu juga sudah memasuki edisi ke-2, barangkali tahap penganjuran kami masih belum mencapai tahap yang sepatutnya & tidak memuaskan hati para Darters semua. Harap kekurangan kami pada hari ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan kami pada kemudian hari. Insya-Allah. Kesabaran & dugaan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak akhirnya terbalas jua dengan kedatangan Syawal yang penuh mulia ini. Marilah kita sama-sama menikmati keindahan bulan Syawal ini dengan penuh hemah. Jangan kita terlalu mengikut nafsu (makan khususnya), hingga akhirnya memudaratkan tubuh badan kita sendiri kelak. Buat para Darters yang berhenti seketika aktiviti dart mereka sepanjang Ramadhan, peluang ini bolehlah digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan kembali stroke dan positioning anda yang barangkali "terpeleot" sedikit akibat "puasa dart". Banyak kejohanan-kejohanan dart yang bakal menanti anda dari tarikh ini hingga ke penghujung tahun 2009. Kami doakan anda dapat melakukan yang terbaik dan Selamat Maju Jaya.

0 komen:

Catat Ulasan