Selasa, September 08, 2009

Cawangan baru MDJ Darters

Dah hampir 5 bulan sebahagian Unit dan Bahagian di Majlis Daerah Jelebu mendiami lokasi baru. Namun pentas dart bagi MDJ Darters masih kekal di lobi Dewan Besar Kuala Klawang, 'dipinjamkan' secara sementara oleh MDJ. Macam Lesen Pendudukan Sementara (TOL) juga lar. Dan kami Darters dari Bhg Kejuruteraan & Pembangunan, Bhg Perancangan & Landskap, Unit Penguatkuasaan, Unit Pelancongan, Unit Teknologi Maklumat dan Bhg Penilaian & Pengurusan Harta, terpaksa berulang-alik ke lobi Dewan Besar Kuala Klawang demi memuaskan nafsu serakah kami terhadap dart. Letih sangat, sebab pejabat kami Pusat Komersil Kuala Klawang itu berada di Tingkat 2, dengan kecuraman tangga mencapai 45 darjah! Bulan puasa ni faham2 je lar.....

Dan saya Zamy (MH) mewakili rakan-rakan yang lain telah mengambil inisiatif tersendiri dengan membuka "cawangan baru" bagi MDJ Darters, iaitu di pantry room. Dan petang tadi, tepat jam 5.30 petang (selepas waktu bekerja), seramai 4 orang iaitu Zamy, John, Iezat dan Shahrul telahpun memulakan aksi (acara Around The World & Double) sekaligus merasmikan pembukaan "cawangan baru" tersebut. Walaupun belum 100% siap sempurna (yakni tanpa karpet, lampu & whiteboard), kami amat berpuashati dengan kondisi di bilik berkenaan. Yang pasti, selepas ini tengahari kami tidak lagi sunyi dan lemau! Hehehehe.

Berikut merupakan sedutan acara perasmian "cawangan baru" tersebut. Berdasarkan klip, boleh kah anda tentukan nama-nama mereka? Good luck!

2 komen:

aLoNGTT berkata...

CaYaLaH DaRtErS SmUa...DiMaNa ADa MiNAt DiSiTU ADa KemaHUan.KaLaU CAwANGAN Tu Dah BUkA...BilIK PenGUatKuaSA LaMA BilA LAgi NAK DiDiAMi.CF DaH kELuAr...aGakNya lAmA lAgIlah bIliK tu naK guNa kAlaU dH jAuH tu.mUngKIN jADI biLIK cONgKak,dAM,cARRom JEr KOt....wOKeeY....jumpA laGie....

Hizamy berkata...

long, SU xluluskan lagi, sbb takda permohonan rasmi dari KSKMDJ. cadangan Rumah Kelab tu masih terawang-awang lagi lar jawabnya.

Catat Ulasan