Rabu, Mac 10, 2010

Lawatan Kerja Ke Radio Malaysia NEGERIfm

Salam.

Saya agak teruja kali ini, untuk menulis dalam blog. Nak share dengan semua, berita gembira. Saya baru sahaja ditawarkan bagi mengendalikan (penyelaras) satu kejohanan dart oleh pihak NEGERIfm, sempena Hari Terbuka Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad pada 1-4 April 2010 ini.

Sebenarnya, Abg Rauf dari NEGERIfm telah menghubungi saya pada minggu lepas mengenai perkara tersebut. Saya dipilih berdasarkan keupayaan saya dan para MDJ Darters yang lain menjayakan 2 kejohanan dart amatur yang dikira success (orang cakap, lar tapi saya rasa masih banyak kelemahan). Justeru, saya dijemput bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai persiapan, susun atur, penyelarasan dan jadual program.

Maka, pada jam 8.30pm tadi, saya tiba di NEGERIfm bersama-sama B2 (Deqwan), sepupu yang juga ahli Dynadarts. Saya dipertemukan dengan En. Mohd Zain bin Ahmad, selaku Yang DiPertua Kelab RTM bagi perbincangan lanjut. Segalanya berjalan lancar dan kami telah pun bersetuju dengan terma-terma yang telah ditetapkan. Dan saya amat berpuas hati dengan venue bagi acara dart, yang mana saya memerlukan ruangan yang boleh memuatkan 10 unit dart stand.

Semasa sedang memerhati kawasan sekeliling, terserempak dengan sekumpulan pemain dart yang diketuai oleh Abg Rauf sendiri. Owhhhh, NEGERIfm sedang mengadakan friendly match dengan pihak TM Malaysia Kuala Lumpur. Disapa mesra oleh kawan-kawan Darters semua, saya teruja. Apatah lagi, ada yang menyapa, "Zamy mdj-darters.blogspot.com kan?" Rasa macam artis plak, :-P . Apa lagi, terus joint sekaki! Hehehe.

Eh, lupa nak bagitahu. Jenis game yang bakal dibuat ialah: 3 Some Terbuka (Bumiputera). Yang itu nanti akan saya cerita details kat post lain yer?

Dan saya sempat bermain dalam single (atas permintaan) menentang Abg Rosli TM. Beliau dah psiko saya dengan bajunya, Amin's Alley Dart Studio! Adoi, kalah sebelum bertanding. Hehehehe. Tapi saya puas hati, kalah pun dengan anak didik Amin Abdul Ghani. Ikut hati, memang nak stay lama, tapi disebabkan ada hal maka saya terpaksa beransur pulang. Disini, saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakam.



Sesi bergambar sebelum game


Chalker paling psiko! Hehehehe..


Ada juga yang buka table jual spare-part? Isk2.. Hehehe



Perkarangan lobi NEGERIfm

0 komen:

Catat Ulasan