Isnin, April 26, 2010

Dart AluFrame

Salam.

Saya dan rakan, STB (Shahrul) sedang menyiapkan satu projek khas untuk kabinet dart. Mencedok sedikit idea dan ilham dari Unicorn Teknik Cabinet, maka terciptalah sebuah kabinet dart buatan tempatan, Dart AluFrame. Masih di peringkat prototaip dan RnD, dijangka produk ini akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan dua ini. Dan pihak kami bercadang untuk mematenkan Dart AluFrame ini dengan SIRIM.

Material dari jenis aluminium (sama seperti tingkap/pintu aluminium di rumah), terdapat pintu 2 daun dari jenis plat aluminium (tebal 0.5mm), 2 unit whiteboard terbina dalam, plywood dan karpet sebagai tapak. Bukaan ruang antara board dan border ialah sekitar 2 inci, lebih besar dari jenama-jenama lain di pasaran sekarang. Namun masih banyak yang perlu dikemaskan lagi, dan saya sendiri telah mendapat respon yang baik dari kalangan Darters untuk memasarkan produk tersebut. Gambar di bawah menunjukkan prototaip Dart AluFrame yang masih belum sempurna sepenuhnya.

Unicorn Teknik Cabinet yang berharga sekitar RM270-RM350




2 komen:

kadok berkata...

apa mahal sangat bhai????bg la harga promosi...

Hizamy berkata...

apa yg mahal bang?? yg "Unicorn Teknik Cabinet yang berharga sekitar RM270-RM350" ker? Dart AluFrame ni blum ada harga lagi lar..

Catat Ulasan