Rabu, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


MDJ Darters mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431 Hijrah buat para Darters yang beragama Islam. Kesabaran & dugaan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak akhirnya terbalas jua dengan kedatangan Syawal yang penuh mulia ini. Marilah kita sama-sama menikmati keindahan bulan Syawal ini dengan penuh hemah. Jangan kita terlalu mengikut nafsu (makan khususnya), hingga akhirnya memudaratkan tubuh badan kita sendiri kelak. Buat para Darters yang berhenti seketika aktiviti dart mereka sepanjang Ramadhan, peluang ini bolehlah digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan kembali stroke dan positioning anda yang barangkali "terpeleot" sedikit akibat "puasa dart". Banyak kejohanan-kejohanan dart yang bakal menanti anda dari tarikh ini hingga ke penghujung tahun 2010. Kami doakan anda dapat melakukan yang terbaik dan Selamat Maju Jaya.

*artikel ni banyak cedok dari post tahun 2009*

0 komen:

Catat Ulasan