Rabu, Mei 18, 2011

(Tunda) Kejohanan Dart Double N.Sembilan & Jemputan Kelab PETANDA Rembau

Salam.

Saya telah pun mendapat panggilan telefon pada hari Isnin 16 Mei 2011 dari penganjur iaitu En.Shamsol yang mengatakan bahawa game tersebut telah ditunda ke satu tarikh di bulan Jun (saya tak ingat dengan tepat). Tidak dinyatakan sebab-sebab yang jelas mengenai perkara tersebut. Juga menyatakan bahawa wang tunai untuk pemenang-pemenang telah dinaikkan ke RM1,200.00 (#1), RM600.00 (#2), RM300.00 (#3/4) dan RM150.00 (#5/8). Sehingga ke hari ini, masih tiada email susulan mengenai iklan terkini dari pihak penganjur. Diingatkan, saya bukan penganjur game tersebut. Saya hanya bertindak selaku rakan darters yang diamanatkan untuk menjemput rakan-rakan darters yang lain sahaja. Terima kasih.

MH,
Seremban.

0 komen:

Catat Ulasan