Selasa, Oktober 25, 2011

Aerocarnival Open Dart Trisome C'ship 2011

Nama kejohanan : Aerocarnival Open Dart Trisome C'ship 2011
Lokasi : Malaysian Institue of Aviation Technology (MIAT), Sepang (UniKL)
Tarikh : 22 & 23 Oktober 2011

Salam.

Ok, bulan Oktober antara bulan yang meriah dengan kejohanan-kejohanan dart seluruh Malaysia, sekitar 10 kejohanan termasuk Sabah dan Sarawak. Ini sekaligus menunjukkan perkembangan sihat dan kadar permintaan perlawanan-perlawanan kompetetif semakin meningkat, dalam usaha untuk menaikkan aras dan mutu sukan dart di mata masyarakat umum.

Saya mempunyai senarai penuh pasukan-pasukan yang bertanding (bakal disenaraikan kelak). Rata-rata yang hadir adalah muka-muka 'rasmi' dalam kejohanan dart tanahair, maka riuh rendah dan gamat 'dewan' (bilik makmal sebenarnya) apabila rakan-rakan bertemu. Usaha yang dilakukan oleh pihak UniKL (MIAT) amat dihargai dan berdasarkan perbincangan dengan Abg Sam, beliau berhajat untuk menjadikan ia sebagai acara tahunan, apabila melihatkan sambutan yang diberikan. 

Seperti yang diduga, jadual asal Pendaftaran, Taklimat dan Undian dari jam 8.00-9.30 pagi akhirnya melewati jam 10.00 pagi. Sejurus isyarat "game on" diberikan, maka masing-masing kelihatan fokus dan bersungguh dalam permainan. Format liga untuk peringkat kumpulan (8 kumpulan) dan 2 yang teratas layak untuk ke pusingan kalah-mati (16 terbaik). Perlawanan kemudian ditangguhkan pada jam 1.00 petang bagi memberi rehat kepada pemain sehingga jam 2.00 petang. Acara makan merupakan kemuncak kepada kejohanan tersebut namun bertukar hiba bilamana Nasi Ayam Golek (satu-satunya gerai nasi yang ada di tapak karnival, kalau tak silap saya) telah habis dijual. Rata-rata pemain berada dalam kelaparan maka pilihan yang ada hanyalah makanan ringan (nugget, burger, ayam goreng, keropok lekor). Agak merugikan kepada penganjur dan peniaga kerana gagal untuk mengambil kesempatan di atas kehadiran orang ramai pada karnival tersebut (pemain dart sahaja sudah mencecah 100 orang).

Berbalik kepada perlawanan dart, antara kelemahan lain yang dikenalpasti ialah penggunaan kertas sebagai chalkboard. Pendapat peribadi saya, ianya sangat merugikan penganjur, memperlahankan perjalanan kejohanan dan juga pembaziran. Diharap perkara-perkara tersebut diambil serius jika acara ini berterusan bagi tahun-tahun mendatang.

Pusingan awal peringkat kumpulan berakhir sekitar jam 4-5 petang. Penganjur pada awalnya mahukan perlawanan kalah-mati (16 terbaik) dijalankan pada hari yang sama namun ramai yang berpendapat ianya dibuat esok hari (23-Okt) bagi memberi rehat yang secukupnya kepada pemain, sekaligus dapat memberikan persembahan yang lebih kompetetif. Kejohanan kemudian disambung semula pada hari Ahad 23 Oktober 2011 (saya tidak hadir kerana dah kalah awal, hehehe). 

Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan tersebut (sumber : Masrul Azam)

#1 - Blue Wing (Razak-Azhairy-Jamal)
#2 - DTSC (Masrul-Idzuan-Bek)
#3 - Triple S (Rizal-Sha-Sham)
#4 - CPO Darters (Saidi-Reno-Khizir)
#5-8 - Flyers (Fadzli-Herol-Mabud), Compressor Darters, Blue Wing 2 (Somet-Saifol-Hisham), KSK Darters (Zamry-Alley-Suhaimi)

Saya sajikan anda semua antara foto-foto yang sempat saya rakam (secara candid) sepanjang hari pertama kejohanan. Enjoy!



  



  



  

  



  

  

  

  

  

  

  


 

0 komen:

Catat Ulasan