Isnin, Disember 12, 2011

Jalan-Jalan Cari Dart (Space U8)

Salam.

Sabtu (10/12/2011) saya berkesempatan untuk mengunjungi lokasi baru dart kawasan Shah Alam/Subang iaitu di Space U8 (1st eco-mall in Malaysia) berdekatan dengan TUDM Subang. Sebenarnya upacara pembukaan berlangsung malam sebelumnya iaitu Jumaat, namun saya tidak ada kesempatan untuk hadir. Kiranya saya lambat "pick-up" lah bak kata Mat Salleh :)

Ok, perkara yang membuatkan saya teruja untuk ke sana ialah, penampilannya. Ya, pada malam pembukaan, saudara Imran (AIM Darts/Swifters) telah muatnaik gambar-gambar. Wow, 1st impression terus buat saya jatuh cinta! Nampak eksklusif dan berprestij.

Bila saya tiba di sana, saya sangat kagum dengan ketelitian kerja dan kemasannya. Dilengkapi 4 unit Unicorn Pro Eclipse, 4 unit Unicorn Surround, 4 set lampu limpah (3 unit tiap satu set) dan 4 unit whiteboard, ianya persis pentas PDC! Terdetik rasa cemburu, untuk melakukan yang sama di Bumidarts Studio (kekangan ruang menjadi masalah utama).

Pentas tersebut saya rasakan amat layak diadakan perlawanan dart bertaraf profesional, samada peringkat negeri, antarabangsa maupun amatur. Dan jika ianya dapat di live telecast kan, saya pasti persepsi masyarakat terhadap sukan dart (sukan bar, pub dsb) akan berubah sama sekali. Sekalung tahniah kepada pengusaha dan pemilik premis (Space U8) yang mengambil inisiatif untuk memperkenalkan dart kepada masyarakat dengan lebih dekat lagi. Cuma saya rasa, keadaan angin di kawasan tersebut mesti dikawal bagi mengelakkan gangguan kepada balingan darters. (Difahamkan kipas besar berharga RM70k/satu tersebut akan ditutup jika ada kejohanan yang berlangsung)

Disebabkan bateri telefon yang dah 'kedarat' ditambah pula tak bawa kamera digital, maka gambar-gambar dari saudara Imran akan saya gunakan untuk tatapan semua (terima kasih bro!)



Berikut merupakan alamat premis tersebut:

Space U8,
No.6 Persiaran Pasak Bumi,
Taman Bukit Jelutong, Seksyen U8,
404150 Shah Alam.

1 komen:

Dart Kastam Selangor berkata...

Shapadu pun pernah buat indoor game kat situ including dart. Kami dijemput melalui Encik Azis Bin Atan (orang kuat MAKSAK) sebagai chalker.

Catat Ulasan