Memaparkan catatan dengan label akhbar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akhbar. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 02, 2009

Artikel akhbar

(Malay Mail)

Dart’s magic for Amin

Friday, June 19th, 2009 04:12:00

AMIN ABDUL GHANI aka “The Magician” has grand designs to boost dart-playing among Malaysians. With 24 years of experience in the leisure sport, as well as a part-time magician, Amin is aware of the uphill task ahead.

It won’t be magic as he hopes to change the perception that playing darts is exclusively for those who frequent pubs and are members of private clubs who need to unwind or relax themselves. Many fail to realise that playing darts has its bene ts if it is taken up seriously.

The Malaysian Dart Federation (MDF) send representatives for many international competitions culminating in the biennial World Cup. Amin feels more Malaysians should take up darts at home in the comfort of the family and would like the sport to adhere similarly to the concept of ‘one computer for one family’ campaigned by the government not long ago.

“An average dartboard cabinet and darts cost about RM500. There are many advantages having it at home. Members of the family will be preoccupied with a healthy sport and an environment which strengthened bonds.

“If you want to take it seriously and test your skills, there are many competitions — whether invitational or open championships sanctioned by MDF,” said Amin who had represented Malaysia in two World Cups and two Asia Paci c championship.

His best achievement was winning the singles category at the 2006 Asia Paci c championship in Kuala Lumpur which propelled him to No 31 in the world rankings at that time. Early this year, he bought a premise and named it Amin’s Alley Dart Studio in Pandan Cahaya, Ampang.

He converted it into a place for dart enthusiasts. The decor is ‘cool’ and represents an average pad for ‘30-somethings’. More importantly, the ‘home sweet home’ feeling oozes out to the brim. Amin intends to establish more of such set-ups to encourage more youths to take up darts.

He hopes that one day his centres would take the shape of coaching clinics and produce students capable of making the sport popular among Malaysians. The 50-year-old Amin said that he has competed in many parts of the world. Occasionally, he is sponsored by a Japanese firm and as such his signature is on darts produced by the company.

Next month, Amin who is married with three children, will compete in the Malaysian Open at Nexus Karambunai, which is the basis for selection to the World Cup to be held in Charlotte, US. One wonders how Amin can play three roles — an employee of a petroleum company, magician and dart player.

If you want to know, amid laughter, he suggested that you watch the programme on pay TV, “Breaking the Magician’s code”.

Those interested in darts can contact Amin at: 019-2368557 or visit www.tiga-darts.jp

Rabu, Julai 29, 2009

Keratan akhbar (Sinar Harian)

Perlawanan Dart Persahabatan RTM, MDJ berkeputusan seri

KUALA KLAWANG - Perlawanan Dart Persahabatan di antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Jelebu (MDJ) berakhir dengan keputusan seri dalam perlawanan sengit di Dewan MDJ di sini.

Pengerusi Biro Sukan, Kelab RTM Negeri Sembilan, Noor Azmi Omar, berkata, perlawanan itu berlangsung pada jam 9.00 malam dan kesemua peserta telah mempamerkan aksi terbaik bagi menjadikan perlawanan persabatan itu semakin menarik.

Menurutnya, kemenangan mana-mana pasukan dalam perlawanan persahabatan itu bukanlah menjadi tujuan utama perlawanan itu dijalankan tetapi tujuan utama adalah bagi mengeratkan lagi tali silaturahim antara RTM dan juga MDJ.

“MDJ telah memenangi empat daripada lapan kategori yang dipertandingkan iaitu dua kategori ‘single’ dan dua lagi dalam kategori ‘four sum’.

“RTM juga memenangi empat kategori yang dipertandingkan iaitu tiga bagi kategori ‘double’ dan satu lagi dalam kategori ‘single’,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di perlawanan itu, di sini.

Noor Azmi berkata, perlawanan persahabatan antara RTM dan jabatan kerajaan lain adalah bagi memberi peluang untuk saling mengenali dan secara tidak langsung memudahkan lagi setiap urusan kerja yang bakal dilaksanakan secara bersama.

Beliau amat berharap agar apa juga jenis perlawanan persahabatan antara RTM dan juga MDJ akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjamin hubungan baik serta keserasian akan terus wujud antara mereka.

************************************************************************************

Team ZZ juara dart berpasukan


KUALA KLAWANG – Team ZZ dari Seremban telah menjuarai Kejohanan Dart Jemputan Jelebu 2009 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Jelebu (MDJ), kelmarin.

Pasukan itu berjaya mengalahkan 27 pasukan lain yang turut berentap dalam kategori tersebut. Saingan kumpulan ini dalam peringkat akhir ialah Kumpulan Bumi Dart dari Sepang yang terpaksa akur dengan keputusan tersebut.

Tempat ketiga bagi kejohanan tersebut dimenangi oleh kumpulan Gasing Y dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Petaling Jaya dan tempat keempat dimiliki oleh Kumpulan Bumi Dart 2 dari Sepang.

Kejohanan itu menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500 kepada johan, RM400 bagi tempat kedua, RM300 bagi tempat ketiga dan RM200 bagi tempat keempat berserta hamper dan piala iringan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Mustafa Bakri Alias Sani berkata, majoriti penyertaan terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan di Negeri Sembilan dan kelab-kelab pemain dat dari seluruh negeri dan sekitar Lembah Klang.

“Pihak penganjur menerima penyertaan yang menggalakkan daripada kakitangan kerajaan Negeri Sembilan dan juga kelab-kelab dat dari seluruh negeri dan sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, kejohanan itu bakal menjadi acara tahunan yang dijalankan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Jelebu (MDJ) bagi mewujudkan jaringan kerjasama antara pemain dat seluruh Negeri Sembilan khususnya di daerah Jelebu.

“Pihak penganjur juga berharap agar sukan dat semakin berkembang di negeri ini, khususnya di daerah Jelebu. Kejohanan ini mampu memperkenalkan keunikan daerah Jelebu kepada pengunjung yang datang dari luar,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kejohanan itu, kelmarin.

Beliau juga berharap agar penyertaan bagi pertandingan ini di masa hadapan akan lebih banyak lagi dan semua pihak akan dapat memanfaatkan pertandingan ini demi kebaikan bersama.

“Harapan kita agar kejohanan yang akan datang akan disertai lebih ramai pasukan dan semua pihak akan mendapat manfaat daripada penganjuran kejohanan ini,” katanya.

************************************************************************************