Memaparkan catatan dengan label negeri fm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label negeri fm. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 07, 2011

Friendly Match (RTMNS vs NSX)

Salam.

Berikut merupakan sorotan gambar sepanjang perlawanan persahabatan antara RTMNS (NegeriFM) vs NSX pada 6 Oktober 2011 bertempat di Pusat Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut. Team NSX merupakan satu 'brand' baru yang diwujudkan bagi membentuk team dari N.Sembilan. Antara darters yang berjaya dikumpulkan untuk game ini ialah Zamy MDJ, Shaiful JMG, Miezuan JPS, Wan Roslan MARA dan Najmi JPN. Seperti biasa, RTMNS yang diketuai oleh saudara Rauf Deraman melayan kami umpama menatang minyak yang penuh. Hehehehe. Terima kasih daun keladi, nanti-nanti jemput lagi ya? :)

Leka bergambar saat team mate yg lain sedang bertarung

Shaiful selaku orang kuat NSX :)

Rauf Deraman sangat kuat saiko! Hehehehe

Abg Baha in action, beliau sangat cool~

Najmi The Lefthanded

Fokus~

Miezuan in action

Amukan baju merah :)

One & only 180

Acara kemuncak, foto beramai-ramai

Ni lah ragam org terkejat :P

Ahad, April 04, 2010

Keputusan penuh Kejohanan Dart 3 Some Jemputan Radio Malaysia NEGERIfm


















Johan - TUDMAS B
N.Johan - TIGA AAA
Ke-3/4 - TUDMAS A, Double S
Ke-5/8 - Sepang Biru, Sepang Kuning, Team ZZ, D'Taza Darters
Best 16 - Kids Darters A & B, Dynadarts DOHC, MKM Shooters, Lanjut Darters, Gasing Darters, MDJ 2, LTAT B
Best 32 - Kids Darters C & D, Dynadarts SOHC, Bumi Seremban, Perikanan A & B, MDJ 1 & 3, PLUS HQ, Still Heart Darters 1 & 2, LTAT A, Mentari Kompressor

Rabu, Mac 10, 2010

Lawatan Kerja Ke Radio Malaysia NEGERIfm

Salam.

Saya agak teruja kali ini, untuk menulis dalam blog. Nak share dengan semua, berita gembira. Saya baru sahaja ditawarkan bagi mengendalikan (penyelaras) satu kejohanan dart oleh pihak NEGERIfm, sempena Hari Terbuka Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad pada 1-4 April 2010 ini.

Sebenarnya, Abg Rauf dari NEGERIfm telah menghubungi saya pada minggu lepas mengenai perkara tersebut. Saya dipilih berdasarkan keupayaan saya dan para MDJ Darters yang lain menjayakan 2 kejohanan dart amatur yang dikira success (orang cakap, lar tapi saya rasa masih banyak kelemahan). Justeru, saya dijemput bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai persiapan, susun atur, penyelarasan dan jadual program.

Maka, pada jam 8.30pm tadi, saya tiba di NEGERIfm bersama-sama B2 (Deqwan), sepupu yang juga ahli Dynadarts. Saya dipertemukan dengan En. Mohd Zain bin Ahmad, selaku Yang DiPertua Kelab RTM bagi perbincangan lanjut. Segalanya berjalan lancar dan kami telah pun bersetuju dengan terma-terma yang telah ditetapkan. Dan saya amat berpuas hati dengan venue bagi acara dart, yang mana saya memerlukan ruangan yang boleh memuatkan 10 unit dart stand.

Semasa sedang memerhati kawasan sekeliling, terserempak dengan sekumpulan pemain dart yang diketuai oleh Abg Rauf sendiri. Owhhhh, NEGERIfm sedang mengadakan friendly match dengan pihak TM Malaysia Kuala Lumpur. Disapa mesra oleh kawan-kawan Darters semua, saya teruja. Apatah lagi, ada yang menyapa, "Zamy mdj-darters.blogspot.com kan?" Rasa macam artis plak, :-P . Apa lagi, terus joint sekaki! Hehehe.

Eh, lupa nak bagitahu. Jenis game yang bakal dibuat ialah: 3 Some Terbuka (Bumiputera). Yang itu nanti akan saya cerita details kat post lain yer?

Dan saya sempat bermain dalam single (atas permintaan) menentang Abg Rosli TM. Beliau dah psiko saya dengan bajunya, Amin's Alley Dart Studio! Adoi, kalah sebelum bertanding. Hehehehe. Tapi saya puas hati, kalah pun dengan anak didik Amin Abdul Ghani. Ikut hati, memang nak stay lama, tapi disebabkan ada hal maka saya terpaksa beransur pulang. Disini, saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakam.



Sesi bergambar sebelum game


Chalker paling psiko! Hehehehe..


Ada juga yang buka table jual spare-part? Isk2.. Hehehe



Perkarangan lobi NEGERIfm

Isnin, Ogos 03, 2009

Lintas langsung dari Studio RTM Negeri FM

Tajuk : Lintas langsung dari studio RTM Negeri FM antara juruhebah En. Abd Rauf Abd Rahman dan En. Mohd Hizamy Abd Hamid (live on-air)
Masa : 4.22 pm
Tarikh : 3 Ogos 2009

Perbualan berkisar mengenai Kejohanan Dart Jemputan Jelebu, anjuran Unit Pelancongan MDJ dengan kerjasama KSKMDJ (Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan MDJ). Antara isi perbualan ialah mengenai tarikh, lokasi, kategori yang dipertandingkan, jumlah penyertaan setakat ini, impak kejohanan dan harapan penganjur.

Penganjur sekali lagi berharap agar RTM Negeri FM dapat mengadakan lintas langsung pada hari kejohanan, sepertimana yang dilakukan sebelum ini juga oleh En. Abd Rauf dari Unit Sukan Negeri FM pada kejohanan yang sama awal tahun lalu.

Penganjur mengambil kesempatan ini untuk sama-sama mengajak pemain-pemain dart dan peminat sukan dart khususnya dari seluruh pelusuk Negeri Sembilan untuk sama-sama menjayakan kejohanan ini, yang dianggap antara yang terbesar pernah dianjurkan di Negeri Sembilan (bagi sukan dart).