Memaparkan catatan dengan label amin's alley dart studio. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amin's alley dart studio. Papar semua catatan

Khamis, Disember 22, 2011

Rabu, Oktober 12, 2011

Isnin, Oktober 19, 2009

Kejohanan Dart 2nd Raya Challenge (Singles) Jemputan Bumiputera Sepang 2009.

Event : Kejohanan Dart 2nd Raya Challenge (Singles) Jemputan Bumiputera Sepang 2009.
Tempat : Rumah Kelab Dart Bumiputra Sepang
Masa : 10.30 pagi
Tarikh : 18 Oktober 2009

Salam sejahtera. Kali ini nak review sikit pasal satu kejohanan anjuran Persatuan Dart Bumiputra Sepang (PDBS) yang dikhususkan untuk pemain dart amatur. PDBS telah pun menjemput pemain dari pasukan-pasukan seperti MDJ Darters, PETANDA Rembau, Daddy Cool Darters (Penjara Seremban), D'Taza Darters, TIGA AA, MP Sepang, Gasing Darters dan termasuk dari PDBS sendiri serta lain-lain lagi. Sekadar menyebut beberapa nama (tak ingat semua). Kelihatan juga Imran (Pegasus Darters/Aim Darts) dan Zaidi (ZA1Darters).

Yuran penyertaan sebanyak RM30.00 seorang dikenakan dan kemudian undian dijalankan dan saya diletakkan di dalam Kump.A bersama-sama Amar (Gasing Darters), Zaidi (PETANDA Rembau), Hamizan (Sepang), Lizar (Sepang) dan Zairul. Dan saya telah menduduki tempat ke-3 dalam kumpulan dan melayakkan diri untuk ke pusingan ke-2 (4 peserta teratas layak). Manakala sahabat saya dari MDJ Darters iaitu Nor (satu-satunya wakil wanita) telah diletakkan di dalam Kump.E dan juga telah melayakkan diri ke pusingan ke-2 selaku tempat ke-4.

Pusingan ke-2 saya telah diundi menentang Nazri (Daddy Cool Darters), menang 2-1. Pusingan ke-3, bertemu dengan Azhar (Sepang), menang 2-1, berjaya balas dendam untuk Nor yang dikalahkannya pada pusingan ke-2. Hehehe. Peringkat suku akhir saya dipertemukan dengan Fauzi (Sepang) yang akhirnya saya tewas 3-0. Tak melawan! Tapi takpe, Abg Fauzi akhirnya muncul juara.

Sekalung tahniah buat PDBS kerana berjaya menganjurkan event ini dengan jayanya. Terdapat beberapa penambahbaikan dalaman seperti kesejukan penyaman udara, hiasan dan aksesoriyang unik (dart replika gergasi), pertandingan teka gula-gula dalam balang (hadiah basikal tuh!) dll. Diharap PDBS dapat meneruskan kecemerlangan ini hingga ke tahap tertinggi dalam memertabatkan sukan Dart tanahair.

Keputusan:

1 - Fauzi
2 - J'Sham
3/4 - Razif & Somet
5/8 - Naza, Arifin, Amar & Zamy


Hadiah dari PDBS


Pemandangan dari luar Rumah Kelab PDBS. Kelihatan Apak @ Ishak tersenyum riang


Upacara penyampaian hadiah oleh MS.


Dari kiri: Wan Roslan (D'Taza Darters), MS dan Abg Sham sekeluarga. Atas tu sparepart jenama Damak MS.


Kelihatan Abg Fauzi sedang leka berSMS selepas mengalahkanku


Kredit untuk Abg Farid serta yang lain-lain yang berkerja keras menjayakan event ini



15 darts! Antara game paling saya suka (peringkat kumpulan)

Khamis, September 17, 2009

Jalan-Jalan Cari Dart (Amin's Alley Dart Studio)

Saya akhirnya berkesempatan untuk ke Amin's Alley Dart Studio setelah beberapa kali diajak secara peribadi oleh Amin Abdul Ghani. Itupun secara kebetulan selepas perjumpaan dengan Imran (Aim Darts) yang akhirnya membawa saya & 2 lagi rakan ke tempat tersebut. Kami disambut dengan ramah oleh Abg Amin & isteri beliau. Sambil lepak-lepak dengan segelas kopi 'o', kami berbual & berbicara tentang konsep premis, arah tujuan, perancangan & hala tuju Amin's Alley Dart Studio dalam industri & senario dart Malaysia. Juga perbualan berkisar mengenai pengalaman beliau dalam sukan dart, dalam & luar negara. Amat menarik sehingga tak sedar dah hampir jam 11.30 malam. Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli kelab dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 sahaja. Saya berkesempatan untuk merakamkan beberapa kepingan gambar (dengan izin) seperti yang tertera di bawah. Abg Amin secara peribadi menyatakan sokongan padu terhadap MDJ Darters dan mdj-darters.blogspot.com khususnya dalam menyediakan wadah & input berguna buat semua Darters di luar sana. Untuk pengetahuan, Amin's Alley Dart Studio merupakan pengedar eksklusif tunggal jenama dart TIGA di Malaysia. Hanya buka pada malam hari. Main dart sambil minum minuman panas mahupun sejuk. Kalau ada kelapangan & kesempatan, singgahlah sebentar di "Amin's Alley Dart Studio, gedung TIGA anda"


Zamy (MH) bersama En. Amin Abdul Ghani di hadapan premis beliau


Antara koleksi gambar beliau semasa bermain di kejohanan-kejohanan seluruh dunia


Arachnid board untuk soft tip juga ada, menggunakan token, RM1.00


Para pengunjung & ahli-ahli kelab sedang menguji kemahiran masing-masing


Seleksi barangan dart dari jenama TIGA yang dijual secara eksklusif di premis tersebut


Dart-dart yang boleh digunakan oleh pengunjung sekiranya tak bawa/tiada dart sendiri


Amin's Alley Dart Studio, lokasi pilihan darters setempat


Dari seorang magician kepada darter, kemudian Ustaz Amin?



Pemandangan studio dari meja kopi


Antara barangan kenangan dari Amin's Alley Dart Studio untuk mdj-darters.blogspot.com (tak termasuk dart)


Berikut merupakan alamat premis tersebut:

Amin's Alley Dart Studio
76A-GB Jln Cahaya 2/5,
Pandan Cahaya, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.