Memaparkan catatan dengan label single. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label single. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 12, 2011

Jumaat, September 02, 2011

Khamis, Mei 19, 2011

Rabu, Mei 18, 2011

Isnin, November 02, 2009

Kejohanan Dart (Singles) Tertutup MDJ 2009

Acara : Kejohanan Dart Singles Tertutup MDJ 2009
Tempat : Lobi Dewan Besar Kuala Klawang, Jelebu
Tarikh : 31 Oktober 2009

Akhirnya selesai jua game tersebut. Setelah sekian lama merancang, kini ianya menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Walaupun penyertaan tidak menepati sasaran awal, iaitu hanya 10 orang daripada 24 orang MDJ Darters yang mengambil bahagian, ianya tetap berlangsung dengan jayanya dan penuh dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Waktu mula pada awalnya dijangka pada jam 9 pagi akhirnya ditunda sehingga ke jam 11 pagi bagi memberi peluang untuk pemain hadir ke venue game. Setelah melihat kepada jumlah penyertaan yang tidak menepati sasaran, maka saya memutuskan untuk membuat perlawanan secara liga tanpa ada pusingan kalah-mati. Ini bagi memberi peluang sama rata kepada semua peserta ada hari itu untuk bermain sebanyak 9 game setiap orang.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi game tersebut:

  1. Muhammad Ariff (MA)
  2. Rozaini (RB)
  3. Mohd Hizamy (MH)
  4. Shahrul Azwar (SA)
  5. Mohd Fauzi (MF)
  6. Mohd Johan Arifin (MJ)
  7. Shamsul Bahri (SB)
  8. Nurhanim (NH)
  9. Rosnan (46)
Dan 6 peserta teratas akan layak mewakili pasukan lelaki MDJ di Sukan Antara Jabatan-Jabatan Kerajaan N.Sembilan yang bakal dilangsungkan pada 13-15 November ini. Manakala NZ, NH berserta 4 lagi Darters wanita akan dipilih kelak bagi menggenapkan kuota 12 pemain bagi pasukan Dart.



Result akhir


Chalker pemalas!


Anem vs Ariff


Chalker pemalas!


Barangan yang bersepah-sepah


Serba hitam


Fauzi vs Sham

Selasa, Oktober 27, 2009

Isnin, Oktober 19, 2009

Kejohanan Dart 2nd Raya Challenge (Singles) Jemputan Bumiputera Sepang 2009.

Event : Kejohanan Dart 2nd Raya Challenge (Singles) Jemputan Bumiputera Sepang 2009.
Tempat : Rumah Kelab Dart Bumiputra Sepang
Masa : 10.30 pagi
Tarikh : 18 Oktober 2009

Salam sejahtera. Kali ini nak review sikit pasal satu kejohanan anjuran Persatuan Dart Bumiputra Sepang (PDBS) yang dikhususkan untuk pemain dart amatur. PDBS telah pun menjemput pemain dari pasukan-pasukan seperti MDJ Darters, PETANDA Rembau, Daddy Cool Darters (Penjara Seremban), D'Taza Darters, TIGA AA, MP Sepang, Gasing Darters dan termasuk dari PDBS sendiri serta lain-lain lagi. Sekadar menyebut beberapa nama (tak ingat semua). Kelihatan juga Imran (Pegasus Darters/Aim Darts) dan Zaidi (ZA1Darters).

Yuran penyertaan sebanyak RM30.00 seorang dikenakan dan kemudian undian dijalankan dan saya diletakkan di dalam Kump.A bersama-sama Amar (Gasing Darters), Zaidi (PETANDA Rembau), Hamizan (Sepang), Lizar (Sepang) dan Zairul. Dan saya telah menduduki tempat ke-3 dalam kumpulan dan melayakkan diri untuk ke pusingan ke-2 (4 peserta teratas layak). Manakala sahabat saya dari MDJ Darters iaitu Nor (satu-satunya wakil wanita) telah diletakkan di dalam Kump.E dan juga telah melayakkan diri ke pusingan ke-2 selaku tempat ke-4.

Pusingan ke-2 saya telah diundi menentang Nazri (Daddy Cool Darters), menang 2-1. Pusingan ke-3, bertemu dengan Azhar (Sepang), menang 2-1, berjaya balas dendam untuk Nor yang dikalahkannya pada pusingan ke-2. Hehehe. Peringkat suku akhir saya dipertemukan dengan Fauzi (Sepang) yang akhirnya saya tewas 3-0. Tak melawan! Tapi takpe, Abg Fauzi akhirnya muncul juara.

Sekalung tahniah buat PDBS kerana berjaya menganjurkan event ini dengan jayanya. Terdapat beberapa penambahbaikan dalaman seperti kesejukan penyaman udara, hiasan dan aksesoriyang unik (dart replika gergasi), pertandingan teka gula-gula dalam balang (hadiah basikal tuh!) dll. Diharap PDBS dapat meneruskan kecemerlangan ini hingga ke tahap tertinggi dalam memertabatkan sukan Dart tanahair.

Keputusan:

1 - Fauzi
2 - J'Sham
3/4 - Razif & Somet
5/8 - Naza, Arifin, Amar & Zamy


Hadiah dari PDBS


Pemandangan dari luar Rumah Kelab PDBS. Kelihatan Apak @ Ishak tersenyum riang


Upacara penyampaian hadiah oleh MS.


Dari kiri: Wan Roslan (D'Taza Darters), MS dan Abg Sham sekeluarga. Atas tu sparepart jenama Damak MS.


Kelihatan Abg Fauzi sedang leka berSMS selepas mengalahkanku


Kredit untuk Abg Farid serta yang lain-lain yang berkerja keras menjayakan event ini



15 darts! Antara game paling saya suka (peringkat kumpulan)

Sabtu, September 12, 2009

Cawangan baru MDJ Darters (part III)


Akhirnya, berjaya juga menambah papan putih! Berkat usahasama Darters2 yang bernaung di bawah panji MDJ Darters, akhirnya Mini Club of MDJ Darters ini menjadi kenyataan. Tapi bagi acara friendly match, masih dilangsungkan di lokasi lama, iaitu lobi Dewan Besar Kuala Klawang, kat sini tak muat! Jadi, latihan untuk MDJ Darts Premier League (Singles) lepas raya ni akan berterusan dan kompetetif. Tapi masih ada yang perlu diselesaikan. Pemasangan lampu dan janji pada Abg Amin untuk meletakkan poster dari Tiga Darts masih belum sempurna. Sorry yer Abg Amin!

Khamis, Julai 30, 2009

Kejohanan Dart Jemputan Jelebu Bil.2/2009

Senarai Pendaftaran Pemain (Single) & Pasukan (3 Some)

3 Some
  1. MDJ (1, 3, 7, 9, 11, 13)
  2. Bumi Sepang (Merah, Hijau, Kuning, Biru, Hitam & Klasik)
  3. Pej. Kew Negeri (A, B, C & D)
  4. Hasil KL (A, B & C)
  5. MP Sepang (A, B & C)
  6. MITI (A, B & C)
  7. Gasing Darters (X & Y)
  8. Penjara Jelebu (A & B)
  9. MP Seremban (A & B)
  10. JKM Seremban
  11. ZZ
  12. MIRA
  13. PETANDA Rembau
  14. Penjara Seremban
  15. Perikanan Jelebu
  16. JMG NSM
  17. D'Taza Darters
  18. JPS Mekanikal
  19. MP Kajang
  20. SAINS Jelebu
  21. TIGA AA
* sehingga 6/8/2009, sudah 43 pasukan yang mendaftar.

Single

  1. MDJ - 11
  2. JKM Seremban - 1
  3. JPS Mekanikal - 1
  4. Gasing Darters - 7
  5. JMG NSM - 3
  6. Bumi Sepang - 9
  7. MP Sepang - 6
  8. PETANDA Rembau - 5
  9. D'Taza Darters - 6
  10. RTM NS - 3
  11. MIRA - 3
  12. Perikanan Jelebu - 5
  13. Penjara Jelebu - 6
  14. SUKNS - 1
  15. Penjara Seremban - 4
  16. MP Seremban - 4
  17. SAINS - 2
  18. MP Kajang - 2
  19. Belia Teriang - 4
  20. TM Malaysia - 1
  21. Najmi
  22. Mohd Zamri bin Mustapha
* sehingga 6/8/2009, sudah 86 orang yang mendaftar.

Rabu, Julai 29, 2009

Jadual perlawanan / aktiviti / program

Aktiviti : Kejohanan Dart 3 Some Bumiputera 2009
Tarikh : 2 Ogos 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Persatuan Dart Bumiputera Sepang,
Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Yuran : RM300/team

Aktiviti : Kejohanan Dart Jemputan Jelebu Bil.2/2009
Tarikh : 8 & 9 Ogos 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Besar Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Yuran : RM30.00 (single), RM120.00 (3 some)

Iklan Kejohanan Dart Jemputan Jelebu Bil.2/2009


Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan boleh di download di laman web rasmi Majlis Daerah Jelebu.


Juga terdapat tawaran istimewa oleh Hotel Sri Klawang bagi peserta-peserta di luar Daerah Jelebu yang ingin menginap. Harga bagi Bilik Standard (2 katil bujang) ialah RM54.00 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Dan juga tambahan RM6.00 bagi sarapan pagi untuk individu yang lain.