Event : Kejohanan Dart 2nd Raya Challenge (Singles) Jemputan Bumiputera Sepang 2009.
Tempat : Rumah Kelab Dart Bumiputra Sepang
Masa : 10.30 pagi
Tarikh : 18 Oktober 2009
Salam sejahtera. Kali ini nak review sikit pasal satu kejohanan anjuran Persatuan Dart Bumiputra Sepang (PDBS) yang dikhususkan untuk pemain dart amatur. PDBS telah pun menjemput pemain dari pasukan-pasukan seperti MDJ Darters, PETANDA Rembau, Daddy Cool Darters (Penjara Seremban), D'Taza Darters, TIGA AA, MP Sepang, Gasing Dartersdan termasuk dari PDBS sendiri serta lain-lain lagi. Sekadar menyebut beberapa nama (tak ingat semua). Kelihatan juga Imran (Pegasus Darters/Aim Darts)dan Zaidi (ZA1Darters).
Yuran penyertaan sebanyak RM30.00 seorang dikenakan dan kemudian undian dijalankan dan saya diletakkan di dalam Kump.A bersama-sama Amar (Gasing Darters), Zaidi (PETANDA Rembau), Hamizan (Sepang), Lizar (Sepang) dan Zairul. Dan saya telah menduduki tempat ke-3 dalam kumpulan dan melayakkan diri untuk ke pusingan ke-2 (4 peserta teratas layak). Manakala sahabat saya dari MDJ Darters iaitu Nor (satu-satunya wakil wanita) telah diletakkan di dalam Kump.E dan juga telah melayakkan diri ke pusingan ke-2 selaku tempat ke-4.
Pusingan ke-2 saya telah diundi menentang Nazri (Daddy Cool Darters), menang 2-1. Pusingan ke-3, bertemu dengan Azhar (Sepang), menang 2-1, berjaya balas dendam untuk Nor yang dikalahkannya pada pusingan ke-2. Hehehe. Peringkat suku akhir saya dipertemukan dengan Fauzi (Sepang) yang akhirnya saya tewas 3-0. Tak melawan! Tapi takpe, Abg Fauzi akhirnya muncul juara.
Sekalung tahniah buat PDBS kerana berjaya menganjurkan event ini dengan jayanya. Terdapat beberapa penambahbaikan dalaman seperti kesejukan penyaman udara, hiasan dan aksesoriyang unik (dart replika gergasi), pertandingan teka gula-gula dalam balang (hadiah basikal tuh!) dll. Diharap PDBS dapat meneruskan kecemerlangan ini hingga ke tahap tertinggi dalam memertabatkan sukan Dart tanahair.
Berikut merupakan SMS raya yang saya dapat dari rakan Darters yg begitu unik dan bertepatan dengan tema blog ni.
"Ya Allah, di akhir Ramadhan yg barakah ini, muliakan & sayangi saudaraku yg sedang baca SMS ini. Kurniakanlah ketajaman mata dart, teguhkanlah ankle arm, sejukkanlah hati semasa game, kuatkkan balingan. Berilah kenikmatan point 180, jauhkannya dari Madhouse. Suburkan benih ketepatan pada zuriat keturunannya & masukkan dia dlm game penuh kemenangan. Amin Ya Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin."
Tapi saya dapat pada hari raya ke-2. Kalau sebelum raya, memang kena forward SMS ni! :-)
MDJ Darters mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430 Hijrah buat para Darters yang beragama Islam. Mohon ampun & maaf jika sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang kewujudan kami di persada dart tanahair. Kejohanan Dart Jemputan Jelebu juga sudah memasuki edisi ke-2, barangkali tahap penganjuran kami masih belum mencapai tahap yang sepatutnya & tidak memuaskan hati para Darters semua. Harap kekurangan kami pada hari ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan kami pada kemudian hari. Insya-Allah. Kesabaran & dugaan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak akhirnya terbalas jua dengan kedatangan Syawal yang penuh mulia ini. Marilah kita sama-sama menikmati keindahan bulan Syawal ini dengan penuh hemah. Jangan kita terlalu mengikut nafsu (makan khususnya), hingga akhirnya memudaratkan tubuh badan kita sendiri kelak. Buat para Darters yang berhenti seketika aktiviti dart mereka sepanjang Ramadhan, peluang ini bolehlah digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan kembali stroke dan positioning anda yang barangkali "terpeleot" sedikit akibat "puasa dart". Banyak kejohanan-kejohanan dart yang bakal menanti anda dari tarikh ini hingga ke penghujung tahun 2009. Kami doakan anda dapat melakukan yang terbaik dan Selamat Maju Jaya.
Malaysia telah menghantar kontingen seramai 4 orang yang diketuai oleh Tengku Hadzali Shah, S.Subramaniam, T.Anandan & Clairines Joseph. Berikut merupakan kedudukan kumpulan bagi pasukan Malaysia.
Dikhabarkan juga bahawa skuad Malaysia akan berlepas ke US pada Jumaat 18 September 2009. Kami di sini juga mengucapkan "Selamat Maju Jaya", semoga kalian akan beroleh kejayaan di sana kelak, saat kami di tanah air sedang berpesta menyambut Aidilfitri. Kalau anda perasan, skuad kali ini bersifat majmuk & 1Malaysia kan?
Inilah pemandangan dalam kedai Kynetic Solutions a.k.a Latiff Hartamas, panggilan mesra dari para Darters. Sememangnya terkenal di kalangan player dan supplier, yang mana ianya merupakan pembekal tegar bagi jenama Harrows di Malaysia. Kedai ini juga menjual pelbagai barangan sukan yang lain seperti Ragbi. Kelihatan di gambar, baju dart, pelbagai variasi flights & shafts, dartboard dan kabinet, kesemuanya dari jenama Harrows (dartboard surround tidak kelihatan). Terdapat 2 unit dartboard yang digunakan untuk menguji barrel yang hendak dibeli mahupun bermain bersama rakan. Kalau berkesempatan, singgahlah sebentar di "Latiff Hartamas, gedung Harrows anda". Berikut merupakan alamat kedai tersebut:
Kynetic Solutions 10-1, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
* mempunyai lekuk-lekuk yang sesuai untuk dijadikan grip (2 kawasan lekuk) * bentuk solid, tidak rata dan panjang, sekitar 50.8mm tidak termasuk point * sesuai untuk darters yang baling secara laju & tepat * tidak sesuai untuk darters yang baling secara lambung * berpotensi besar untuk duduk/susun 3 dart didalam ruangan T20 dalam keadaan selari mahupun menegak * secara amnya, sesuai menggunakan shaft yang pendek dan sederhana (short & medium shafts)
Banyak feedback dari rakan-rakan Darters (beginner), bertanya kepada saya mengenai dart-dart yang terdapat di pasaran Malaysia dewasa ini. Rata-rata mahukan saya ulas spesifikasi, abiliti dan rekabentuk sesuatu dart untuk rujukan mereka. Saya akui, saya bukanlah pemain dart yang sudah establish dan saya juga tidak mempu untuk mempengaruhi mereka dalam menentukan dart yang paling sesuai untuk digunakan. Lain padang, lain belalang. Tapi subjek ini dirasakan perlu dan saya terpanggil untuk memberi sedikit gambaran mengenai sesuatu dart. Ok, sebagai permulaan saya akan review Unicorn Terry Jenkins signature & Harrows Atlantis, yang mana kedua-duanya merupakan peluru milik saya sendiri dan telah dipandu-uji.
Unicorn Terry Jenkins 90% Tungsten 23g ***
* harga pasaran Malaysia sekitar RM240.00 * tiada langsung tempat untuk kita grip di bahagian batang (barrel) * bentuk solid, licin dan panjang, kira-kira 50.8mm tidak termasuk point * sesuai untuk darters yang baling secara laju & tepat * tidak sesuai untuk darters yang baling secara lambung * berpotensi besar untuk duduk/susun 3 dart didalam ruangan T20 dalam keadaan selari mahupun menegak * secara amnya, sesuai menggunakan shaft yang pendek dan sederhana (short & medium shafts) * didatangi dengan point asal yang panjang * options lain untuk grip ialah dengan menukar point asal kepada jenis berbentuk
Berikut merupakan hasil pada hari pertama menggunakan Terry Jenkins signature dalam latihan. Masih belum menjejak 180 namun tidak berapa mengecewakan bagi beginner macam saya.
* harga pasaran Malaysia sekitar RM280.00 * mempunyai lekuk-lekuk yang sesuai untuk dijadikan grip (6 kawasan lekuk) * bentuk solid, kesat dan panjang, sekitar 50mm tidak termasuk point * sesuai untuk darters yang baling secara laju & tepat * tidak sesuai untuk darters yang baling secara lambung * berpotensi besar untuk duduk/susun 3 dart didalam ruangan T20 dalam keadaan selari mahupun menegak * secara amnya, sesuai menggunakan shaft yang pendek dan sederhana (short & medium shafts)
Berikut merupakan pencapaian & abiliti Harrows Atlantis dalam menyumbangkan skor tertinggi bagi 3 dart (180). Saya beli 2nd hand dari Zaisham Bumi Sepang awal tahun yang lalu. Quite impressive, pernah dapat highest point dalam game MAKSAK yang lepas. (*-*)
Pendapat anda? Mungkin saya akan cuba review beberapa lagi dart yang digunakan oleh pemain MDJ Darters, seperti Datadart Tony David signature (Ariff & John), Datadart Nightforce (Mus), Winmau Ton Machine (Sani & Talib), Winmau Dennis "The Menace" Priestley signature (Din), Red Dragon Penetrator (Shahrul) dan lain-lain.
Dan kebanyakan trend bagi beginner ialah memilih dart-dart (barrel) yang kembung sedikit. Mungkin mereka semua bermula dengan brass darts dan merasakan agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan barrel yang slim dan solid. Belum cuba belum tahu kan? Saya juga seperti itu dulu. Lama kelamaan, dirasakan kemampuan & abiliti untuk mendapat high score tipis dan beralih cinta pada barrel yang lebih ramping dan mengiurkan. Hehehe.
Semoga review dari saya ini akan dapat dijadikan panduan bagi mereka-mereka (darters) yang beginner dan yang baru berjinak-jinak dalam mengenali dan mendalami sukan dart ini dalam memilih senjata yang paling ampuh & sesuai. Tapi yang pasti, saya hanya akan review dart yang sudah digunakan oleh rakan-rakan sahaja, kalau semua tak termampu rasanya nk cuba satu-satu. Bagi yang dah establish, betulkan saya kiranya data-data yang saya kemukakan ini salah. Setiap orang ada cara masing-masing kan? Saya review berdasarkan pengetahuan & kemampuan saya. Selamat.
Salam merdeka buat semua Darters-Darters seluruh Malaysia. Marilah kita merdeka kan minda, jiwa dan raga kita. Merdeka di dalam bulan yang mulia, Ramadhan al-Mubarak. Pupuk semangat nasionalisme & kenegaraan yang kuat dalam diri, dalam apa jua aktiviti & dalam kehidupan harian. Negara merdeka tapi rakyat masih dijajah oleh nafsu diri sendiri. Selamat.
Why practise? Well basically this is a time that you can have to improve your game, practise out shots and focus on weak areas of your game. It is as important to practise hitting big scores as it is the double and finishing combination. Remember a game isn’t won until the double is hit (most games).
Like most sports or games warm up before a games is important. Unlike pure athletes you are unlikely to pull a muscle or suffer injury playing darts, however a good warm up routine will prepare you for a match, it will help improve your match games and improve your confidence.
If you feel your arm is a bit tight, before you try to throw stretch your muscles by extending your arm while turning it. Flex and twist your wrist hands and fingers. All of this will help loosen your arm for throwing.
Practise - High Scoring
It doesn’t matter what standard of player you are but hitting high consistent scores in a game is an essential part of the game. A consistent high scorer is more likely to win a game than one that occasional hits a 180/140 then 60 / 45. We have all been there at some stage but how do you improve? Practise of course and here are a few games I play to improve my game
A good game to help you practise is to set yourself a target for hitting 60+, 80+, 100+, 120+, 140+ and dare I say the magic 180! Set a target against each score, lets say 10 you now have a virtual opponent! Start by trying to hit 60 or more with three darts if you hit 60 or more you score a point if you fail to score 60 then your virtual opponent scores a point the first to ten wins!
This sort of practise will help you focus on your scoring you will be play a virtual opponent that is consistent and as you win more move the target up. For warming up don’t set you target to high.
If in a match you can score 10 - 20 more than the person you are playing against you will have an advantage when you come to finish, it may mean you will have the first shot at the double, even if you throw second in a leg.
Practise - Checkouts
Although I have placed a checkout chart on this site to help people not sure of finishing there are more way to finish than I have illustrated and in fact many of the two dart out shots would not be considered by players when they have three darts in their hand. But it is important to practise finishing as much as heavy scoring. If you can’t hit doubles consistently then you will lose more games than you will win even if you are a heavy scorer.
There are many ways to practise doubles, you can play a game of round the clock hitting each double in turn and set a target of the number of darts you take to hit them all then try to better yourself by beating the previous score. This practise is fine but I would concentrate more on doubles that break down easily and the higher numbers example:
20, 10, 5
16, 8, 4, 2, 1
18, 9
Most games you will see played are finished on these doubles, why? Two reasons:
1) They breakdown easily that means if you hit the big number as apposed to the double you will still be on another double.
2) High score finishes often involve high doubles.
Practising doubles.
I suggest you first choose a double lets say 16 and then set a time to score as many of the doubles as you can within the time. A 10 – 15 min on a practise session should help you improve your chances when it comes to a match. If you can hit any double within two darts you are at a good standard.
Another way of helping you finishing is to play a game where you have to hit a number or combination of numbers before the double. An example of this could be 33 hit number 1 then double 16 once you hit it more the number up to 35 and practise all the finishes. This will improve your ability to hit all sectors of the board as well as doubles.
Practise game called '27'
Another good game for practise is called 27.
27 is the number of points you begin with. Your first three darts are for double one, and so on until twenty and then bull. For each hit you get the value of the double hit (three double fours would score 24). If you miss three darts at a double you lose the value of that double. If your score reaches zero you lose. A good score is 400, and a very good score is 600. Once again, keep a record of your scores and your personal best.
Boards
The game of darts is all about hand eye coordination. Some board manufactures also produce boards that have half size doubles and trebles the aim of this is to help you improve your accuracy. If you have ever played on a Manchester log leg board then you will know what I mean. The doubles here are approximately 3mm wide! Playing on these boards will without question help you improve you game on standard board. But if you don’t have a board like this then you can help improve you accuracy in the following way.
Targets
Close grouping of darts is always considered a good thing as this shows consistency of throwing, but when you are throwing for trebles and doubles some times darts my cover / block a clear view of your objective and focusing on smaller area is necessary. I have found you can enhance your accuracy by placing a sticker or match stick in an area of the board that you want to hit. Here you aim for the sticker or match stick, your focusing and hand eye coordination will improve. If you are very skilful use a non safety match and try lighting from your throw (Don’t worry it won’t set the board on fire!)
Match warm up
If you can play others that are equal or slightly better than you before a match then this will help you when you come to play but if that’s not possible the have a virtual opponent. Set a game target i.e. number of darts to finish a game your virtual opponent will always hit. If you are a consistent 60 scorer set your target at 24 darts this sounds a lot when you look at the pro’s playing but I have watched and played in hundreds of pub and club games and you will be surprised how many games are won in 24 darts or more! Your objective is to score 501 and finish on a double within 24 darts. If you are of a standard that hits regular 100+ then set a target of 16 darts. A 16 dart game is considered very good throwing. The same rules apply score 501 with a double finish and see how many you win against your virtual opponent. If you are playing a 24 dart game and winning most or all bring the target down to 21 dart (i.e. a throw less and so on). This way you will feel some pressure to hit consistently.
There is no substitute for match play, the pressure is on, you either perform on the night or you don’t. Many good players can hit the big scores in practise but can’t when it comes to matches. I believe I fall into this category. Nerves and others expectations can all add to the tension and any tightening of the arm will inhibit your throw. The best advice I can give is arrive early so you can have a good practise before your match, play the game through your mind and concentrate on your scores not your opponent's above all enjoy the game, we can’t all win all of the time.
If you have any effective practise routines that you use why not post them on the forum.
Practising Trebles
Here is a nice easy warm up game that helps improves your accuracy around the board.
Many people play around the clock to help improve their accuracy around the board and this is also a good game for beginners to play as it focuses on different individual targets. But here is a variation which I call 180!
First of all this warm up game or practice game is not about scoring 180’s it is about practising trebles around the board. The practice game can also be played as a game against an opponent or on your own.
How you play.
Your basically throw three darts at each number in turn aiming for the treble i.e. 3 darts at number 1 or treble one. If you hit a single one you score 1 point if you hit a treble you score 3 points the most you can score in any throw is 9 points. Regardless if you hit a single or treble of the first number you move to the next number in this case no 2 and repeat the feat. A single 2 scores 1 point and treble scores your 3 points. You continue around the board until you have completed all twenty numbers and then add your total. If you manage to throw three trebles on each throw your will score 180 hence the name!
If you are playing this game by yourself I suggest you set yourself a target i.e. 60 points. This means you only need to hit three singles in each number to achieve this point’s target. If you are a regular player set this target higher I suggest 75 – 80. Alternatively keep a running total of your scores and aim to better the score the next time you play. You will be surprised how this basic game will improve your overall game.
Doubles should you hit one only score 1 point and you can only score on the number in turn.
To give you a guide on your performance:
20 Very poor only hitting one with every three darts
30+ Poor – keep practising
40+ You may make the Pub C team
50+ You may make the Pub B Team
60+ Average requires three darts in each number
70+ Regular Player
80+ Good Pub Player
90+ Town team Player
100+ County Player
120+ Professional
140+ World Champion
180 I don’t think anyone will ever manage this feat not even the great Phil Taylor
Playing as a Game?
If you play the 180 as a game against friends then you can add an extra dimension to it.
180 can be play with 2 or move players but this extra dimension can spice the game up a bit more.
If a player fails to score on a number in a round of three darts then their score becomes frozen and they proceed no further. Other players continue until 20 or until they miss a number and become frozen. The highest total wins.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1430H. Tawaran yang terbaik untuk kita semua rebut. Jangan lepaskan peluang ini! Pihak MDJ Darters memohon 1000 kemaafan di atas segala salah dan silap selama ini. Semoga setiap amalan kita diterima dan diberkati-Nya. Insya-Allah.
Kali ini saya terdetik untuk mencoret perihal yang membelenggu para Darters Malaysia selama ini. Anda semua pasti dapat meneka perihal apakah ia kan?
Cuba anda search di internet, hal-hal berkaitan senario Dart di Malaysia. Memeranjatkan, tiada! Kalau ada pun, sekadar keputusan kejohanan-kejohanan yang mana kebanyakannya merupakan tulisan media luar, seperti Filipina, Singapura dll. Sedikit kredit untuk akhbar-akhbar di Malaysia Timur seperti New Sabah Times, Daily Express dan Malay Mail yang mana ada membuat liputan walaupun tidak se-gah sukan-sukan yang lain.
Terus terang, saya mewakili Dartersgenerasi baru amat-amat memerlukan pendedahan dan info untuk senario Dart Malaysia amnya. Di zaman siber dewasa ini, tidak mustahil bagi kami untuk mencari apa-apa berita mahupun info di ruangan siber. Namun, tiada apa-apa. Pihak Malaysian Darts Federation (MDF) juga tidak mempunyai laman web sendiri. Di mana panduan yang boleh digunapakai mahupun sebagai rujukan? Berapa banyak Persatuan Dart Negeri yang berdaftar dengan MDF? Berapa banyak Kelab dan Persatuan Dart yang wujud dalam Malaysia ni? Tiada siapa yang boleh memberi angka yang tepat.
Saya di sini mencadangkan agar pihak yang berkenaan menggunakan platform yang ada untuk memantau kewujudan Kelab-Kelab dan Persatuan-Persatuan Dart, menyelaras aktiviti dan Kejohanan-Kejohanan Dart seluruh negara (samada Terbuka, Tertutup mahupun Jemputan) melalui takwim agar tiada pertindihan, mewujudkan sistem ranking dalam pemilihan pemain ke Kejohanan Dunia, contoh: membuat sistem permakahan di setiap kejohanan dan di hujung tahun diadakan satu Grand Slam dan hanya 10 pemain yang mengumpul mata tertinggi sahaja yang layak beraksi. Kemudiannya mengadakan liputan langsung atau tertunda di kaca-kaca televiysen mahupun melalui laman web, membolehkan agar masyarakat lebih kenal dan faham mengenai sukan Dart ini. Di sini kelak kita akan nampak persaingan yang sihat dan kompetitif.
Sukan Dart merupakan sukan yang berpendapatan besar. Cuba lihat kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh Profesional Darts Corporation (PDC), British Darts Organisation (BDO) mahupun World Darts Federation (WDF), rata-rata menawarkan hadiah yang lumayan. Pemain-pemain di luar negara telah pun menjadikan sukan Dart ini satu kerjaya profesional mereka, bukan sesuatu yang mustahil untuk di buat di sini, jika kena dengan gaya dan aturannya. Sekurang-kurangnya kita kena pusatkan matlamat untuk melihat anak Malaysia bermain di pentas PDC World Darts Championship, PDC Grand Slam of Darts, PDC Darts Premier League mahupun Winmau World Masters! Saya begitu cemburukan kehadiran Lourence Ilagan (Filipina) di dalam PDC World Darts Championship 2009, sesuatu yang amat membanggakan negara mereka walaupun kalah di pusingan pertama lagi.
Di sini kita akan lihat penaja merupakan antara elemen penting dalam hala tuju pemain dart profesional. Unicorn, Target, Datadart, Harrows, Winmau, Bull's dan yang terkini TIGA yang giat menaja pemain-pemain Dart yang berpotensi besar sebagai satu usaha promosi dan penambahbaikan dalam keluaran mereka. Dan saya amat berbangga dengan pencapaian anak Malaysia pertama mempunyai darts signaturesendiri oleh syarikat pembekal luar negara iaitu Amin Abdul Ghani (A.G. Amin)! Diharap akan lebih ramai pemain-pemain Dart negara ini akan mengikut jejak langkah beliau di masa hadapan. Peluang sebegini digunakan untuk membuka mata dunia luar mengenai potensi dan kebolehan anak Malaysia, mengambil pengalaman dan pengetahuan dan mempromosikan Malaysia di mata dunia.