Memaparkan catatan dengan label dewan besar kuala klawang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dewan besar kuala klawang. Papar semua catatan

Isnin, November 02, 2009

Kejohanan Dart (Singles) Tertutup MDJ 2009

Acara : Kejohanan Dart Singles Tertutup MDJ 2009
Tempat : Lobi Dewan Besar Kuala Klawang, Jelebu
Tarikh : 31 Oktober 2009

Akhirnya selesai jua game tersebut. Setelah sekian lama merancang, kini ianya menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Walaupun penyertaan tidak menepati sasaran awal, iaitu hanya 10 orang daripada 24 orang MDJ Darters yang mengambil bahagian, ianya tetap berlangsung dengan jayanya dan penuh dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Waktu mula pada awalnya dijangka pada jam 9 pagi akhirnya ditunda sehingga ke jam 11 pagi bagi memberi peluang untuk pemain hadir ke venue game. Setelah melihat kepada jumlah penyertaan yang tidak menepati sasaran, maka saya memutuskan untuk membuat perlawanan secara liga tanpa ada pusingan kalah-mati. Ini bagi memberi peluang sama rata kepada semua peserta ada hari itu untuk bermain sebanyak 9 game setiap orang.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi game tersebut:

  1. Muhammad Ariff (MA)
  2. Rozaini (RB)
  3. Mohd Hizamy (MH)
  4. Shahrul Azwar (SA)
  5. Mohd Fauzi (MF)
  6. Mohd Johan Arifin (MJ)
  7. Shamsul Bahri (SB)
  8. Nurhanim (NH)
  9. Rosnan (46)
Dan 6 peserta teratas akan layak mewakili pasukan lelaki MDJ di Sukan Antara Jabatan-Jabatan Kerajaan N.Sembilan yang bakal dilangsungkan pada 13-15 November ini. Manakala NZ, NH berserta 4 lagi Darters wanita akan dipilih kelak bagi menggenapkan kuota 12 pemain bagi pasukan Dart.



Result akhir


Chalker pemalas!


Anem vs Ariff


Chalker pemalas!


Barangan yang bersepah-sepah


Serba hitam


Fauzi vs Sham

Sabtu, September 12, 2009

Cawangan baru MDJ Darters (part III)


Akhirnya, berjaya juga menambah papan putih! Berkat usahasama Darters2 yang bernaung di bawah panji MDJ Darters, akhirnya Mini Club of MDJ Darters ini menjadi kenyataan. Tapi bagi acara friendly match, masih dilangsungkan di lokasi lama, iaitu lobi Dewan Besar Kuala Klawang, kat sini tak muat! Jadi, latihan untuk MDJ Darts Premier League (Singles) lepas raya ni akan berterusan dan kompetetif. Tapi masih ada yang perlu diselesaikan. Pemasangan lampu dan janji pada Abg Amin untuk meletakkan poster dari Tiga Darts masih belum sempurna. Sorry yer Abg Amin!

Selasa, September 08, 2009

Cawangan baru MDJ Darters

Dah hampir 5 bulan sebahagian Unit dan Bahagian di Majlis Daerah Jelebu mendiami lokasi baru. Namun pentas dart bagi MDJ Darters masih kekal di lobi Dewan Besar Kuala Klawang, 'dipinjamkan' secara sementara oleh MDJ. Macam Lesen Pendudukan Sementara (TOL) juga lar. Dan kami Darters dari Bhg Kejuruteraan & Pembangunan, Bhg Perancangan & Landskap, Unit Penguatkuasaan, Unit Pelancongan, Unit Teknologi Maklumat dan Bhg Penilaian & Pengurusan Harta, terpaksa berulang-alik ke lobi Dewan Besar Kuala Klawang demi memuaskan nafsu serakah kami terhadap dart. Letih sangat, sebab pejabat kami Pusat Komersil Kuala Klawang itu berada di Tingkat 2, dengan kecuraman tangga mencapai 45 darjah! Bulan puasa ni faham2 je lar.....

Dan saya Zamy (MH) mewakili rakan-rakan yang lain telah mengambil inisiatif tersendiri dengan membuka "cawangan baru" bagi MDJ Darters, iaitu di pantry room. Dan petang tadi, tepat jam 5.30 petang (selepas waktu bekerja), seramai 4 orang iaitu Zamy, John, Iezat dan Shahrul telahpun memulakan aksi (acara Around The World & Double) sekaligus merasmikan pembukaan "cawangan baru" tersebut. Walaupun belum 100% siap sempurna (yakni tanpa karpet, lampu & whiteboard), kami amat berpuashati dengan kondisi di bilik berkenaan. Yang pasti, selepas ini tengahari kami tidak lagi sunyi dan lemau! Hehehehe.

Berikut merupakan sedutan acara perasmian "cawangan baru" tersebut. Berdasarkan klip, boleh kah anda tentukan nama-nama mereka? Good luck!