Pagi tadi saya ada seminar di Wisma Negeri anjuran SUKNS. So masa minum pagi dlm pukul 11.00am, terjumpa lah rakan Darters dari PETANDA Rembau, iaitu Abg Shamsol. Sebab dah lama tak jumpa, maka borak-borak tu banyak berkisar kat isu senario Dart N.Sembilan.
Cerita punya cerita, tiba-tiba keluar isu Persatuan Dart. Rupa-rupanya diaorang tengah setup Persatuan Dart Rembau, semua paperwork dan akaun bank dah ada, tinggal nak daftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PSS) jer lagi. Wah! Perkembangan yang baik. Maka timbullah idea bagi mewujudkan kembali Persatuan Dart Bumiputra N.Sembilan, yang mana suatu masa dahulu amat aktif dan dikenali.
Saya di sini selaku wakil Darters dari daerah Jelebu, pernah juga menyuarakan hasrat dan cadangan akan penubuhan Persatuan Dart Jelebu dan Persatuan Dart Bumiputra N.Sembilan, pada tahun lalu. Paperwork ada, cuma belum dapat sokongan dan bantuan dari rakan-rakan Darters seluruh N.Sembilan khususnya. Saya amat berharap dapat kumpulkan rakan-rakan Darters dari MPS, JPS, PETANDA, Penjara, JKR, MDJ (sekadar menyebut beberapa nama) dll agar dapat duduk semeja dan berganding bahu bagi menjayakan target ini.
Saya harap, dengan adanya Persatuan Dart di setiap daerah kelak dan menjadi ahli gabungan bagi Persatuan Dart induk peringkat negeri, maka kalendar perlawanan-perlawanan Dart di seluruh N.Sembilan dapat dirancang dan diatur dengan lebih sistematik. Kebajikan ahli-ahli lebih terjaga dan yag lebih penting, UNITY. Saya kembali bersemangat, untuk sama-sama mengembangkan lagi sayap sukan Dart di peringkat yang lebih tinggi dari apa yang ia ada sekarang.

4 komen:
Bagus sekali hasrat Darters dari Negri Sembilan ni, saya sokong dan sedia memberi khidmat nasihat dan juga tunjuk ajar kepada peminat dart di negri itu, saya pun anak Negri juga...salam untuk semua semuga kita maju ke hadapan
tq very much abg amin. sy amat2 hargai segala kerjasama yg abg dah bagi. insya-Allah, sy xkan malu2 utk mintak tlg abg dlm sama2 mjayakan sukan dart ni..
Saya memerlukan Khidmat Pengadil untuk Kejohanan Sukan Antara Wilayah Proton Edar 2010 bertempat di Politeknik PD pada 12 Jun 2010. Boleh dapatkan khidmat pengadil untuk acara dart? Hubungi saya di no 019-2271266 Syahril
minat nk join PDR.ado ko?
Catat Ulasan