Erm, setelah lama menantikan saat untuk review antara kedai Dart terbesar di Lembah Klang, jika dikira dari kuantiti dan kepelbagaian jenama dart (Semenanjung Malaysia barangkali?), saya berkesempatan akhirnya. Bukan tak boleh review sebelum ini, cuma gambar tiada. Kisahnya bermula di mana saya baru saja selesai menghantar bapa ke IJN untuk temujanji doktor dan terus ke Car N Co untuk tambahan aksesori yang semakin berkurangan.
Kami tiba dalam jam 9.30 pagi, namun kedai tersebut masih belum buka. Jadi, pekena kopi dan nasi lemak di gerai makan berhampiran sambil baca suratkhabar. Tepat jam 10.00 pagi, pintu Car N Co dibuka dan kami (saya & bapa) terus 'menerjah' masuk, menjadikan kami sebagai pelanggan pertama. Disambut mesra oleh Mr.Dass (semua darters kenal beliau ini), dan terus dibawa ke tingkat atas. Oh ya, di tingkat bawah ada disediakan alatan-alatan golf, kasut-kasut sukan berjenama dan baju-baju sukan berjenama. Al-maklumlah, kedai sukan.
Saya sememangnya mesra dengan kedai tersebut, sepanjang menjadi Darter. Cuma saya kagum dan kaget, setelah hampir beberapa bulan tak datang, ruangan dart di bahagian atas nampak begitu selesa dan teratur. Kali terakhir saya datang, kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilakukan. Kelihatan dart-dart dan aksesori dari jenama terkemuka seperti Unicorn, Winmau, Datadart, Harrows, Target dan lain-lain lagi (Puma, Red Dragon boleh ditempah jika mahu).
Dan Mr.Dass juga masih mengenali wajah saya walaupun setelah sekian lama tidak bertemu. Lantas perbualan berkisar mengenai senario dart tempatan semasa sambil menguji dart-dart terbaru yang dibawa masuk oleh Car N Co. Antara dart yang sempat diuji ialah Unicorn Phil Taylor Black Titanium, yang berharga sekitar RM465.00 dan Unicorn Sigma Pro 970. Memang best, dibikin untuk juara!
Persis seorang perunding, Mr.Dass tidak lokek dalam berkongsi segala ilmu mengenai dart (golf juga boleh, hehehehe). Tentang ketahanan dan keupayaan sesuatu dartboard, fungsi yang berlainan bagi setiap jenisan point, shaft dan flight dan lain-lain lagi. Oh ya, pihak Car N Co selain daripada menjual barangan dart dan aksesori, mereka juga menyediakan perkhidmatan menukar point (re-pointing), menggunakan Point Puller keluaran syarikat antarabangsa. Dan Mr.Dass juga sempat mempromosikan saya Winmau Champions Choice II, iaitu dartboard yang digunakan oleh pemain-pemain bertaraf dunia dalam latihan mereka. Berharga sekitar RM260.00, ianya pasti memberi kepuasan berlainan kepada Darters kerana ruangan Triple, Double dan Bull di board tersebut lebih kecil dari piawai kejohanan. Kalau boleh susun 3 batang dart di T20 Winmau Champions Choice II tersebut, maka kalau di board biasa, senyum je 180 bro..! Hehehehe.
Dan saya dengan izin meminta kebenaran pihak Car N Co untuk mengambil gambar barang sekeping dua. Dan Mr.Dass telah pun mengambil details saya dan akan bertindak sebagai pengedar dan promoter tidak rasmi bagi sebarang kejohanan dart dalam negara (jika flyers & borang sampai ke tangan beliau lar). Justeru, bagi mana-mana pihak penganjur yang ingin mempromosikan kejohanan anda, sila faks atau email ke alamat di bawah:
Syarikat Car N Co
No.5, Lorong Universiti C, Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-79568777, 79545064
Fax: 03-79545014
H/P: 017-3353761
E-mail: carnco@gmail.com
3 komen:
Hi,Do u have winmau blade 4?
Baru je dtg ke Cars N Co dan bertemu Mr. Dass sendiri.. dia mmg membantu ..! Nak dtg lagi beli barang2 Dart kat situ.. masuk je dah rambang mata dah...!! Tq sgt2 admin beri info dlm ruang blog anda ini...! ~ Ku Sudah Jatuh Chenta Dgn DART..! ~
Cosmo flight and shaft how much
Catat Ulasan