Banyak feedback dari rakan-rakan
Darters (beginner), bertanya kepada saya mengenai dart-dart yang terdapat di pasaran Malaysia dewasa ini. Rata-rata mahukan saya ulas spesifikasi, abiliti dan rekabentuk sesuatu dart untuk rujukan mereka. Saya akui, saya bukanlah pemain dart yang sudah establish dan saya juga tidak mempu untuk mempengaruhi mereka dalam menentukan dart yang paling sesuai untuk digunakan. Lain padang, lain belalang. Tapi subjek ini dirasakan perlu dan saya terpanggil untuk memberi sedikit gambaran mengenai sesuatu dart. Ok, sebagai permulaan saya akan review
Unicorn Terry Jenkins signature & Harrows Atlantis, yang mana kedua-duanya merupakan
peluru milik saya sendiri dan telah
dipandu-uji.Unicorn Terry Jenkins 90% Tungsten 23g ***
* harga pasaran Malaysia sekitar
RM240.00* tiada langsung tempat untuk kita grip di bahagian batang (barrel)
* bentuk solid, licin dan panjang, kira-kira
50.8mm tidak termasuk point
* sesuai untuk darters yang baling secara laju & tepat
* tidak sesuai untuk darters yang baling secara lambung
* berpotensi besar untuk duduk/susun 3 dart didalam ruangan T20 dalam keadaan selari mahupun menegak
* secara amnya, sesuai menggunakan shaft yang pendek dan sederhana (short & medium shafts)
* didatangi dengan point asal yang panjang
* options lain untuk grip ialah dengan menukar point asal kepada jenis berbentuk
Berikut merupakan hasil pada hari pertama menggunakan Terry Jenkins signature dalam latihan. Masih belum menjejak 180 namun tidak berapa mengecewakan bagi beginner macam saya.
************************************************************************************
Harrows Atlantis 95% Tungsten 21g ****
* harga pasaran Malaysia sekitar
RM280.00* mempunyai lekuk-lekuk yang sesuai untuk dijadikan grip (6 kawasan lekuk)
* bentuk solid, kesat dan panjang, sekitar
50mm tidak termasuk point
* sesuai untuk darters yang baling secara laju & tepat
* tidak sesuai untuk darters yang baling secara lambung
* berpotensi besar untuk duduk/susun 3 dart didalam ruangan T20 dalam keadaan selari mahupun menegak
* secara amnya, sesuai menggunakan shaft yang pendek dan sederhana (short & medium shafts)
Berikut merupakan pencapaian & abiliti Harrows Atlantis dalam menyumbangkan skor tertinggi bagi 3 dart (180). Saya beli 2nd hand dari Zaisham Bumi Sepang awal tahun yang lalu. Quite impressive, pernah dapat highest point dalam game MAKSAK yang lepas. (*-*)
Pendapat anda? Mungkin saya akan cuba review beberapa lagi dart yang digunakan oleh pemain MDJ Darters, seperti Datadart Tony David signature (Ariff & John), Datadart Nightforce (Mus), Winmau Ton Machine (Sani & Talib), Winmau Dennis "The Menace" Priestley signature (Din), Red Dragon Penetrator (Shahrul) dan lain-lain.
Dan kebanyakan trend bagi beginner ialah memilih dart-dart (barrel) yang kembung sedikit. Mungkin mereka semua bermula dengan brass darts dan merasakan agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan barrel yang slim dan solid. Belum cuba belum tahu kan? Saya juga seperti itu dulu. Lama kelamaan, dirasakan kemampuan & abiliti untuk mendapat high score tipis dan beralih cinta pada barrel yang lebih ramping dan mengiurkan. Hehehe.
Semoga review dari saya ini akan dapat dijadikan panduan bagi mereka-mereka (darters) yang beginner dan yang baru berjinak-jinak dalam mengenali dan mendalami sukan dart ini dalam memilih senjata yang paling ampuh & sesuai. Tapi yang pasti, saya hanya akan review dart yang sudah digunakan oleh rakan-rakan sahaja, kalau semua tak termampu rasanya nk cuba satu-satu. Bagi yang dah establish, betulkan saya kiranya data-data yang saya kemukakan ini salah. Setiap orang ada cara masing-masing kan? Saya review berdasarkan pengetahuan & kemampuan saya. Selamat.
(zmy/mh)