Selasa, November 22, 2011

ADAM 3 Some Battle 2011

Nama kejohanan: ADAM 3 Some Battle 2011
Lokasi: Hotel Grand Continental, Melaka
Tarikh: 13 & 14 November 2011

Salam.

Kali ini saya mengulas mengenai kejohanan dart di negeri bersejarah, Melaka. Dianjurkan oleh Amateur Darts Association Malacca (ADAM), acara bermula sekitar jam 12.30 tengahari (seperti yang telah dinyatakan oleh pihak penganjur). Dibahagikan kepada 8 kumpulan, yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 4 dan 5 pasukan, bergantung kepada undian. Berikut merupakan nama pasukan bagi setiap kumpulan;

Kump.A (Blue Wave, The Tourist, UPNM, Durry, ADAM Pentagon)
Kump.B (Ol'Skool Hi5 One, ADAM SAMB B, Zaskin Darters, Hotel Maluri)
Kump.C (Blue Moon, The Smurf, Vipers 7, JKS Darters)
Kump.D (DTSC X, Rajen Cafe 2, ADAM SAMB A, SDP Darters)
Kump.E (Blue Pearl, ADAM Jiems MIB, Pirates, Jasdac, ADAM Jiems)
Kump.F (Ol'Skool Hi5 Best, ADAM BSN B, ADAM Jiems CMI, ADAM BSN A)
Kump.G (Blue Diamond, CJ Flukers, Rahkin Darters, ADAM One Two)
Kump.H (DTSC Y, KL Pub, Rajen Cafe 1, ADAM SAMB C)

Dengan format 2 terbaik setiap kumpulan sahaja yang layak, bermakna setiap perlawanan harus dimenangi. Tekanan mula memuncak saat "game-on" dilaungkan. Alhamdulillah, DTSC Y (saya, Shaiful & Amar) berjaya menjuarai peringkat kumpulan, setelah memenangi semua perlawanan.

Kalau dilihat, perjalanan kejohanan berlangsung dengan sangat lancar. Mungkin pengalaman ADAM yang telah sekian lama menganjurkan kejohanan-kejohanan dari taraf amatur hingga ke profesional (terbuka), membuatkan semua nampak mudah. Cuma, format 2 terbaik layak ke pusingan kalah-mati sedikit sebanyak membuatkan semua pasukan mengeluh, namun pihak penganjur mempunyai kuasa muktamad ke atas perjalanan kejohanan. Menjelang jam 5.00 petang, semua perlawanan peringkat kumpulan telah pun selesai, kecuali kumpulan yang mempunyai 5 pasukan, yang bersambung di keesokan harinya. Mungkin penganjur mahu pasukan-pasukan terbabit berehat dan cergas secukupnya.

Hari kedua bersambung (jam 10.00 pagi) dengan pasukan-pasukan di kumpulan yang mempunyai 5 pasukan berentap terlebih dahulu. Kesempatan yang ada digunakan untuk pasukan-pasukan lain yang telah mara untuk memanaskan badan dengan secukupnya. Pusingan kalah-mati bermula sekitar jam 12.30 tengahari. Undian menemukan DTSC Y dengan Rajen Cafe 2 (dari Rasah Jaya, Seremban). Kami tewas 1-4 dengan kegagalan untuk "check-out" menjadi penyakit utama.

Ok, berikut merupakan keputusan penuh yang dikeluarkan oleh pihak ADAM di laman Facebook mereka.



Hari pertama (13-Nov)




















0 komen:

Catat Ulasan