Jumaat, November 11, 2011

Compressor Darters Amateur Double Darts Challenge

Nama kejohanan: Compressor Darters Amateur Double Darts Challenge
Lokasi: Compressor Darts Studio, Taman Kajang Jaya
Tarikh: 29 & 30 Oktober 2011

Salam.

Ok, memandangkan saya dan rakan-rakan DTSC Darters (Masrul, Iwan, Bro Bek, Bro Zaidi) sibuk kebelakangan ini dalam menguruskan hal-hal pasukan terutamanya perihal Kejohanan Dart Terbuka Bumiputera N.Sembilan (Beregu) 2011 yang akan berlangsung pada 3 Disember 2011 kelak, di Plaza Ampangan Seremban, serta hal-hal persiapan untuk ke ADAM 3 Some Battle 2011 (12-13 November 2011, esok hari), maka ulasan mengenai Compressor Darters Amateur Double Darts Challenge tertangguh sementara. Namun, gambar-gambar sepanjang kejohanan tersebut telah pun saya muat-naik di laman sesawang Facebook pada hari Ahad berkenaan.

Agak basi juga kalau saya nak cerita panjang lebar mengenai kejohanan tersebut yang mana telah pun berlalu hampir 2 minggu, yang mana kebanyakannya telah pun tahu mengenai keputusan penuh kejohanan tersebut. Terdahulu, saya nak ucap tahniah yang tidak terhingga kepada pihak D'Comp khususnya Nan, yang telah berjaya untuk menarik minat 70 pasangan! Diulang, 70 pasangan! Satu amaun yang besar, sangat besar untuk satu-satu kejohanan bertaraf amatur. Tahniah dan kredit kepada D'Comp, yang kini tampil selaku penganjur aktif bagi kejohanan-kejohanan peringkat amatur di Selangor, khususnya di Semenanjung Malaysia ini.

Namun, izinkan saya menyentuh kepada beberapa perkara. Saya tahu, pasti ada yang beranggapan saya suka untuk 'tibai' orang dalam ulasan di blog, seolah-olah saya ini macam bagus sangat. Tiada unsur politik, sentimen peribadi mahupun hasad dengaki dalam membuat ulasan. Saya hanya menyatakan perkara yang sepatutnya, demi masa depan Dart di Malaysia, maka saya memohon jutaan maaf jika ulasan saya tidak memihak kepada sesiapa yang berkenaan.

Seperti yang sedia maklum, kejohanan dibahagikan kepada 2 sesi, pagi dan petang. Sesi pertama dijangka bermula jam 10.00 pagi, dengan 35 pasangan bakal berentap dalam 4 kumpulan, manakala 35 pasangan lagi akan berentap juga dalam 4 kumpulan pada sesi kedua jam 2.00 petang. Satu sistem yang pada awalnya amat relevan dan sistematik, namun kemudiannya bertukar kepada 'bencana' buat D'Comp. Dengan 8 buah papan, perjalanan kejohanan seharusnya menepati perancangan penganjur. Mungkin disebabkan purata 8-9 pasangan setiap kumpulan, maksima perlawanan ialah 7-8 setiap pasangan, melambatkan perjalanan. Saya juga ambil maklum perkara ini, agar tidak terjadi dalam mana-mana kejohanan yang bakal dianjurkan kelak. Pengajaran berguna buat kita semua. Kesian kepada penganjur, yang mana kumpulan sesi kedua mula membanjiri lokasi tepat jam 2.00 petang, terpaksa menunggu hingga ke jam 5.00 petang! Kesesakan di dalam kawasan permainan sudah menjadi lumrah.

Namun, difahamkan sesi kedua berjaya diselesaikan sekitar jam 9.00 malam. Mujur saya bermain di sesi pertama, kalau tidak melepas lah nak tengok Perlawanan Akhir Piala Malaysia antara N.Sembilan & Terengganu. Ok, saya & Shaiful (NSX) akhirnya berjaya melangkah ke peringkat kalah-mati dengan 7 menang dan 1 kalah. Good start, partner~!

Hari Ahad, perlawanan 2nd Chance bermula pagi. Kami yang bermain petang tiba di lokasi jam 2.00 petang. Namun, kali ini kami NSX terpaksa menunggu hingga ke jam 3.30 petang untuk memulakan perlawanan, atas 'sebab-sebab teknikal', sedangkan ada perlawanan yang sudah memasuki ke peringkat Terbaik 16. Berkat kesabaran kami akhirnya berjaya melangkah ke peringkat Terbaik 8, yang mana ditumpaskan oleh Perindu Darters (Ujang/Zainuddin) yang kami tewaskan pada awalanya di peringkat kumpulan. Oh ya, peringkat kalah-mati dimainkan dalam format 501 best of 5.

Perlawanan akhir antara D'Mak (Zool/Faizal) dan DBKL (Sham/Rizz) berlangsung kira-kira jam 7.45 malam. Keputusan memihak kepada DBKL, sekalung tahniah buat kedua-dua pasangan yang bermain cemerlang di pentas Akhir. Untuk keputusan penuh, sila ke blog Compressor Darters (klik sini). Oh ya, Terbaik 8 tak dapat modal balik, nasib baik kami NSX dapat highest check out 143 :)

Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang 2 hari kejohanan. Enjoy!

Hari Pertama (29-10-2011)


































Hari Kedua (30-10-2011)

























0 komen:

Catat Ulasan