Isnin, Ogos 24, 2009

Angan-angan atau kenyataan?

Gambaran artis mengenai darts stand, mengikut ukuran dan dimensi sebenar. Insya-Allah, selepas raya pihak MDJ Darters bakal menempah 10 unit dartstand yang dijangka berharga RM400.00-RM500.00 setiap unit. Lepas ini, tak perlu lagi menyewa stand & board. Pihak MDJ Darters terpaksa mengeluarkan belanja antara RM800.00-RM1,000.00 untuk penyewaan stand & darts board setiap kali menganjurkan kejohanan. Dengan adanya 13 unit dartboard jenis Winmau Pro SFB dan 10 unit stand, ianya telah menjimatkan kos pengurusan. Dan kami dari semasa ke semasa ingin mempertingkatkan mutu dan kualiti kejohanan yang dianjurkan, dengan membeli 10 unit board jenis blade samada dari jenama-jenama berikut secara beransur-ansur:

Tapi kalau kawan-kawan Darters yang lain ada pandangan/pendapat/suggestion mengenai dartboard stand yang lain, efektif dan keberkesanan serta kos yang lagi murah, sila tinggalkan komen anda. Kami amat hargai pandangan anda semua.

1 komen:

Dart Kastam Selangor berkata...

idea yang bagus dan bernas. Kat lelong.com pun ada jual gak benda yg lebih kurang sama tapi ada lampu yang fleksibel (disebelah atas, boleh dibengkok masok apabila tidak digunakan, dibuka dan didongakkan ke atas sedikit apabila digunakan) lagi, wirering selit dalam besi atau casing kecil (nak jimat guna cable tight jer) . Improvement kena ada.

Catat Ulasan