Isnin, Ogos 03, 2009

Lintas langsung dari Studio RTM Negeri FM

Tajuk : Lintas langsung dari studio RTM Negeri FM antara juruhebah En. Abd Rauf Abd Rahman dan En. Mohd Hizamy Abd Hamid (live on-air)
Masa : 4.22 pm
Tarikh : 3 Ogos 2009

Perbualan berkisar mengenai Kejohanan Dart Jemputan Jelebu, anjuran Unit Pelancongan MDJ dengan kerjasama KSKMDJ (Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan MDJ). Antara isi perbualan ialah mengenai tarikh, lokasi, kategori yang dipertandingkan, jumlah penyertaan setakat ini, impak kejohanan dan harapan penganjur.

Penganjur sekali lagi berharap agar RTM Negeri FM dapat mengadakan lintas langsung pada hari kejohanan, sepertimana yang dilakukan sebelum ini juga oleh En. Abd Rauf dari Unit Sukan Negeri FM pada kejohanan yang sama awal tahun lalu.

Penganjur mengambil kesempatan ini untuk sama-sama mengajak pemain-pemain dart dan peminat sukan dart khususnya dari seluruh pelusuk Negeri Sembilan untuk sama-sama menjayakan kejohanan ini, yang dianggap antara yang terbesar pernah dianjurkan di Negeri Sembilan (bagi sukan dart).

0 komen:

Catat Ulasan