Isnin, Ogos 10, 2009

Berakhir suatu debaran

Alhamdulillah, Kejohanan Dart Jemputan Jelebu Ke-2 telah pun berakhir tengah malam semalam. Kami di pihak MDJ Darters amat risau akan perjalanan dan aturcara game berkenaan, risau kalau-kalau tidak dapat memuaskan hati darters-darters semua. Sekali lagi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi kami semua kekuatan dalam menjayakan program tersebut, walaupun terdapat beberapa masalah dan "komen-komen lantang", namun semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Kami ingin memohon seribu kemaafan di atas segala salah dan silap kami dalam menganjurkan game tersebut. Almaklumlah, kami semua budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan, jangan tolong jolokkan, tak manis. Hehehehe.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Abg Farid & The Sepang Crew, yang banyak memberi tunjuk ajar, dari A-Z, mengenai penganjuran game dart. Juga kepada Abg Zaki & All The Negri 9 Darters, yang sentiasa menyokong kegiatan dan usaha-usaha kami untuk sama-sama menaikkan darjat dan mertabat sukan dart di negara ini, khususnya di Negeri Sembilan. Kredit juga diberikan kepada Abg Amin & The Tiga's, yang sudi hadir dan memberi tunjuk ajar, berkongsi ilmu dan pengalaman beliau, sesuatu yang bermakna buat kami pemain dart yang baru belajar bertatih ini. Juga kepada team-team luar seperti Gasing Darters (KWSP PJ), MITI, Hasil KL (LHDN), yang sanggup hadir dan menyertai kejohanan yang tak seberapa ini. Sokongan anda semua amat kami hargai.

Terima kasih daun keladi, lain kali kami jemput lagi.


Berikut merupakan keputusan penuh Kejohanan Dart Jemputan Jelebu Bil.2/2009

Single
  1. Khairul Idzuan (D'Taza Darters)
  2. Ahmad Zaki (MP Seremban)
  3. Masrul Azam (MP Sepang)
  4. Putra Amar (Gasing Darters)
  5. Zulkifli (Bumi Dart Sepang)
  6. Zaisham (Bumi Dart Sepang)
  7. Andi Firnata (MP Sepang)
  8. Noradzan (D'Taza Darters)

3 Some

  1. Tiga AA
  2. Bumi Sepang Hijau
  3. Penjara Seremban
  4. Bumi Sepang Klasik
  5. PETANDA Rembau
  6. MP Sepang Y
  7. Gasing Y
  8. MP Seremban A

Hadiah istimewa (acara Single sahaja)

* Highest point (180)
  1. Farid (Bumi Dart Sepang)
  2. Sulaiman (Bumi Dart Sepang)
  3. Putra Amar (Gasing Darters)

* Highest check
  1. Zaki (MP Seremban) - 129
  2. Hakim (D'Taza Darters) - 119
  3. Ariff (MDJ Darters) - 117
  4. Hasfairie (Perikanan) - 117

* Bull check
  1. Waira (MP Seremban)

0 komen:

Catat Ulasan