Khamis, Ogos 06, 2009

Panduan ke Jelebu



"Terdapat 4 laluan utama untuk ke Daerah Jelebu:
  • Seremban - Kuala Klawang
  • Jempol - Simpang Pertang
  • Genting Peras – Titi
  • Seremban – Kuala Klawang

Melalui jalan yang dikenali sebagai Bukit Tangga sekiranya dari Bandar Seremban dan akan melalui perkampungan Melayu tradisional di kiri kanan jalan sepanjang laluan ke pekan Kuala Klawang. Terdapat satu kawasan air terjun yang dikenali sebagai Air Terjun Jeram Toi.

Jempol – Simpang Pertang

Sekiranya dari daerah Jempol, pengunjung boleh menggunakan jalan Simpang Pertang ke kawasan pekan Kuala Klawang dan melalui jalan Bukit Petasih yang mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan.

Genting Peras – Titi

Satu lagi jalan alternatif yang digunakan sekiranya pengunjung datang dari Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit untuk ke Pekan Kuala Klawang akan menyaksikan pemandangan yang menarik dengan kehijauan bukit bukau."


* Dipetik dari laman web rasmi Majlis Daerah Jelebu.

0 komen:

Catat Ulasan